Ira Kazar buat comeback! Dipuji netizen makin cantik, keluarga pula minta doakan cepat ada ‘isi’

Setelah berbulan lamanya tidak muncul di laman sosial, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof kini muncul semula di laman Tiktok.

Menurut perkongsian bekas kakak iparnya, @wiwiedarvienda Ira dilihat sedang duduk bermain telefon di sebuah hospital.

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin turut dipuji netizen kerana dilihat makin cantik dan manis dengan memakai kemeja putih dan bertudung hitam.

Difahamkan, video tersebut diambil ketika Ira sedang menziarahi ahli keluarganya di sebuah pusat perubatan.

@wiwiedarvienda

MakTeh dtg dgn Dibuu..🥰 thankyou melawat Rafa❤️

♬ original sound – WIWIE DARVIENDA – WIWIE DARVIENDA

Kakak iparnya juga meminta doa orang ramai supaya isteri kepada Syamsul Yusof itu beroleh cahayamatanya sendiri.

“Alhamdulillah, doakan rezeki dia (Ira) mengandung dan jadi ibu.”

Sebelum ini, Ira Kazar dilihat kerap memuat naik video masakan di laman instagramnya namun kini berdiam diri dari sebarang aktiviti tersebut.

Baca juga: Agensi kerajaan dikecam kurang cakna! Enggan bantu warga emas bayar guna kad, terpaksa kesana sini minta bantuan orang lain