Ira Kazar, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi kini dikatakan lebih bersikap terbuka di dalam laman sosialnya.
Ia berikutan Ira kini kerap berkongsi beberapa tips kecantikan dan penjagaan kulit kepada pengikutnya.
Mengikut pemilik nama sebenar Faghira Fatini Kazaruddin, dirinya juga pernah melalui situasi yang sama apabila berdepan kulit ‘breakout’ sebanyak dua kali.
“Saya pernah breakout dua kali, proses nak sembuh dari breakout itu mengambil masa yang agak lama.”
“Ketika itu saya rasa sangat stress dan ‘frustating’, tetapi saya belajar sesuatu ketika muka breakout.”
“Satu perkara yang semua perlu tahu, kalau muka breakout perlu kembali kepada basic skincare iaitu cleanser, moisturizer dan sun screen. Itu sahaja, cukup.”
Ditanya mengenai penjagaan lingkaran gelap bawah mata atau ‘dark circle’, bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof turut menyatakan dirinya juga melalui perkara yang sama.
“Apa yang boleh saya kongsi, pergilah buat facial yang boleh kurangkan dark circle. Saya punya dark circle sangat ketara.“
Baca juga: Pernah didakwa hina agama Islam pada 2018, Teresa Kok bakal saman Jakim?