Ira Kazar muat naik gambar kereta mewah Range Rover, netizen teka hadiah dari bekas suami

Anak kepada pelakon Kazar Saisi, iaitu Ira Kazar dilihat menaiki kenderaan mewah ketika berhibur bersama rakan-rakannya.

Melalui sebuah klip video di laman instagram, Ira dilihat berada di tempat duduk pemandu kenderaan mewah tersebut iaitu Range Rover.

Meskipun kontroversi membabitkannya tidak berhenti, bekas isteri pengarah popular Syamsul Yusof itu dilihat meneruskan kehidupannya dengan beriadah bersama rakan baik serta ahli keluarga.

Namun, meninjau ke ruangan komen ramai yang berpendapat kenderaan mewah itu dibeli oleh Syamsul Yusof disebabkan penceraian mereka yang terjadi baru-baru ini.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Baca juga: Digelar ‘Demolition Man’, terdedah identiti sebenar ayah kandung Aisyah Hijanah