Pelakon dan pengacara, Irma Hasmie mengakui dirinya kini dalam keadaan tenang setelah rumahtangganya diuji hingga bercerai bersama bekas suami, Redza Syah Azmeer.
Katanya, dirinya lebih tenang apabila mula redha dengan ketentuan Allah tanpa perlu menjaja kisah peribadinya di media sosial.
Irma Hasmie turut memberitahu dirinya tidak mahu terjadi spekulasi tidak benar berkaitan dengan situasi yang berlaku.
“Apa yang terjadi mengenai rumah tangga saya sebelum ini adalah satu proses yang panjang. Untuk waktu sekarang, boleh dikatakan saya okay, Alhamdulillah.”
“Perkara itu terlalu peribadi dan saya rasa masyarakat pun memahami keadaan itu. Saya tak rasa perlu buat apa-apa kenyataan kerana cukup hanya orang terdekat sahaja yang tahu.”
Berikutan didesak oleh netizen yang mahukan penjelasan, rakan baiknya Reen Emran akhirnya mendedahkan kebenaran meskipun tidak diberikan izin oleh empunya badan.
“Ia berlaku di luar kawalan saya sebenarnya. Tentulah orang terdekat dengan saya mengetahui perkara sebenar. Namun itulah saya cakap, kawan sendiri pun saya tak mampu nak kawal tindakannya.”
“Mungkin mereka rasa hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang sahabat.”
“Saya pun tak boleh cakap lebih-lebih atau kawal kehidupan mereka. Benda itu sudah berlaku pun. Tetapi saya tetap dengan pendirian saya dengan cara sendiri.”
Baca juga: Ramai taktahu Dato’ Seri dan Datuk Seri bawa maksud berlainan, ini penjelasannya