Ironman pukul diri sendiri dengan tukul besi, rupanya ada kisah sedih disebalik kekuatannya..

Di tengah pusat bandar Havana, seorang lelaki yang dikerumuni orang ramai kerana memukul diri sendiri menggunakan tukul besi di pergelangan tangan, siku dan bawah lengannya.

Namun apa yang mengejutkan orang ramai, dia tidak mengalami apa apa kecederaan langsung.

Lelaki yang digelar Ironman Cuba, Lino Tomasen, 32 berkata sebelum ini dia bercita-cita ingin menjadi seperti Mike Tyson dan berlatih menjadi peninju profesional.

Dia kemudiannya berhijrah negara pulau Caribbean itu untuk bertarung di Mexico City.

“Saya mempunyai 27 perlawanan yang dimenangi secara kalah mati, tetapi saya bersara sementara kerana pada perlawanan terakhir… tengkorak saya retak. Lawan saya pula dia mati serta-merta,” kata Tomasen dalam satu temu bual di Havana.

“Saya memberikan semua wang yang saya hasilkan dalam perlawanan saya kepada keluarga,” katanya.

Dia menganggarkan wang tersebut berjumlah lebih AS$100,000 (kira-kira RM464,335) dan ia dianggap amaun yang besar bagi penduduk Cuba.

“Saya (kemudian) berikrar tidak akan bertarung lagi,” katanya meneruskan cerita silam.

Baru-baru ini dia memukau ramai penonton dengan membuat tekan tubi dengan lelaki dewasa berada di atasnya.

Kemudian, dia kembali bangun berdiri lalu memukul dirinya sendiri dengan tukul besi, menumbuk setiap sendi di lengannya.

“Semuanya nyata, tiada apa-apa yang direka. Dia melakukan beberapa tekan tubi dengan saya di belakangnya,” kata Edward Carbonell.

Dia yang kerap memberi inspirasi bagi orang ramai supaya mencapai kejayaan menyatakan pendiriannya untuk tidak kembali lagi ke arena itu.

“Banyak pihak menawarkan saya beribu-ribu malah berjuta-juta dolar untuk kembali ke dalam gelanggang kerana mereka tahu potensi yang saya ada. Namun, saya berkata tidak,” katanya.

Baca juga: “Bini aku nekad mintak cerai talak tiga bila aku bagitahu aku kahwin dua kat siam, kantoi bila aku…”