Isham Jalil persoal “adik Fahmi Fadzil” dilantik CEO MDEC

Bekas ketua penerangan Umno Isham Jalil hari ini mempersoalkan lantikan CEO Mdec yang baru Anuar Fariz Fadzil yang didakwa adik kepada Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

“Fahmi, nak tanya, ini bukan adik kamu kah? Kalau betul tahniahlah adik beradik jawatan besar dalam kerajaan. Abang Menteri, adik CEO. Kalau bukan adik kamu, baguslah. Tanya saja.. Reformasi!!”

Isham turut mempersoal kan tugas Anuar Fariz yang banyak ‘remove’ konten Tiktoknya.

“Satu lagi nak tanya, dia ini dulu kerja di TikTok, kan? Dulu yang remove-remove content saya di TikTok tu dia ada terlibat tak? Kalau ada macamana ya proses dia? Kamu telefon dia suruh dia remove content saya ka macamana? Atau kamu sudah tak contact dia lama? Tanya saja..”

Anuar Fariz sebelum ini merupakan Ketua Dasar Awam Tiktok Malaysia sah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Pelantikan itu diumumkan oleh Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh, yang memperkenalkan Anuar pada acara Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 di Kuala Lumpur semalam.

baca: Tuan Ibrahim selar kerajaan mahu lupus subsidi golongan kaya, “Isu pendidikan adalah tanggungjawab mereka”