Isnin 10 malam hari terakhir bida nombor GOLD 999, kini paling tinggi dibida RM29,999

Pembida nombor istimewa GOLD 999 ada masa lebih kurang 4 hari bermula hari ini, terkini pembida tertinggi telah mencecah harga RM29,999.

Nombor siri pendaftaran istimewa, GOLD 999 yang baru dibuka Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk bidaan bermula pukul 12 tengah malam (semalam) 1 Februari kini telah mencecah harga tertinggi RM29,999.

Tinjaun di aplikasi JPJeBid hari ini menyaksikan, sehingga pukul 12.43 tengah hari tadi, tiga bidaan tertinggi telah mencatatkan harga nombor pendaftaran tersebut.

Nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri GOLD itu diperkenalkan bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang ke-50 dipetik Kosmo.

Penawaran NPI siri GOLD ini juga merupakan sebahagian usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk merealisasikan hasrat kerajaan bagi melaksanakan inisiatif seperti bantuan lesen memandu, bantuan topi keledar dan subsidi FlySISWA.

Pendaftaran ini telah dibuka pada hari ini bermula pada pukul 12.00 malam dan ditutup pada 5 Februari 2024 (Isnin) pukul 10.00 malam, sementara keputusan bidaan akan diumumkan pada 6 Februari 2024.

Harga bidaan bermula dari RM300 untuk nombor biasa, diikuti RM800 (nombor popular), RM3,000 (nombor menarik) dan RM20,000 (nombor bernilai utama).

Baca juga: Baju-T vintaj berharga RM10,000, lelaki ini sanggup beli kerana minat