Istana di Klang ini dijual harga RM3,355 sahaja, lagi murah dari Iphone!

Rumah yang dikatakan berhantu di Klang dijual pada harga yang lebih murah daripada iPhone. Harganya bermula dari RM3,355 sahaja.

Walaupun biasanya orang lebih suka menyewa rumah daripada membeli, hartanah yang berbaloi menjadi tumpuan pelabur. Tidak disangka masih terdapat hartanah di Klang, Selangor yang ditawarkan dengan harga lelong serendah RM3,355 sahaja. Murah betul!

Menerusi perkongsian TikTok @_cuyaaaaaa, hartanah ini terletak di Pulau Indah dan telah ditinggalkan serta tidak berpenghuni.

Rupanya, rumah ini sudah lama tidak didiami oleh orang ramai dan mungkin faktor kesan seramnya menyebabkan kegagalan hartanah ini mendapat pembeli.

@www.lelong.com

Cenggini punya rumah pun bank nak lelong guys😂 #fyp #horror #rumahmurah

♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi

Menurut komen di ruangan tersebut, kos pembaikan yang tinggi dan kemungkinan ada ‘penghuni’ lain yang membuatkan orang ramai tidak berminat untuk membeli hartanah ini.


Terdapat juga cadangan untuk membeli hartanah ini secara pukal atau berkumpulan, kemudian mengubahsuainya agar kelihatan lebih ceria dan menarik.

Difahamkan bahawa hartanah dengan harga lelong serendah RM3,355 ini akan mencari pembeli baru melalui aktiviti lelongan yang dijadualkan berlangsung pada 24 November ini.

Baca juga: Ratu cantik terpaksa lepaskan statusnya sebab rahsianya sebagai penyondol terbongkar