Isteri baru 16 hari berpantang, Da’i Syed menangis dijatuhi hukuman penjara 10 tahun

Pendakwah selebriti Da’i Syed hari ini dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun yang lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Pendakwah itu dilihat menangis teresak-esak sambil memeluk isterinya di dalam kandang tertuduh.

Hukuman penjara tersebut berkuat-kuasa hari ini.

Bapa anak satu itu juga dikhabarkan baru sahaja menyambul kelahiran anaknya yang baru lahir 16 hari lalu.

Da’i Syed berkahwin dengan pengacara Hana Ismail, 38, yang turut hadir di mahkamah meskipun baru sahaja melahirkan.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City di Seksyen 7 di sini, pada jam 1.35 malam pada 11 September 2019.

Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Baca juga: Terkejut tengok gua batu kapur bawah Kuala Lumpur, perkongsian lelaki ini buat ramai kecut perut