Isteri ‘blur’ di mahkamah apabila hakim tanya ‘apa puan nak?’, suami pula tersenyum lebar. Itulah yang digambarkan oleh seorang peguam syariah terhadap si isteri.
Pekara itu telah didedahkan oleh seorang peguam Fahmi Ramli, beliau agak kecewa apabila si isteri menghadap hakim berhubung permohonan suaminya untuk berpoligami.
Minggu lepas, saya menghadiri satu kes di Mahkamah Tinggi Syariah. Saya tak mahu sebut dimana. Tapi, saya nak kongsi kisah yang saya terpaksa lihat dan dengar dari tepi sahaja, sebab bukan kes klien saya.
Ada satu pasangan suami isteri yang dipanggil dihadapan Hakim. Kes Permohonan Poligami yang difailkan oleh suaminya.
Waktu kes mereka dipanggil oleh pembantu Hakim, saya berada di tepi. Di meja Peguam Syarie. Kes mereka tidak diwakil oleh mana-mana pihak.
Yang jadikan saya stress kat tepi tu adalah, keadaan wanita yang saya rasa isteri pertama lelaki tersebut, macam tak tahu apa-apa bila dihadapan Hakim.
Saya tahu, dia mungkin setuju untuk benarkan suaminya berpoligami. Saya pun tak kisah bab tu. Saya suka kalau laki yang nak poligami buat cara betul.
Yang saya tak suka dan kesian adalah, wanita yang pergi ke Mahkamah tapi dia macam ‘blur’ dan tak tahu nak mintak apa haknya.
Hakim pun siap bagi ‘hint’ lagi, ‘Puan tak nak declare apa-apa ke macam rumah puan sekarang?’
‘Takpalah tuan, dia dah sedia rumah kat saya’. Haihhhhh. Saya kat tepi masa tu, perati jer suaminya senyum lebar. Hakim pun tanya kalau-kalau suami pesan jangan cakap apa-apa depan Hakim.
Sengih-sengih ja puan ni.
Aduhai.
Saya kat tepi tu, berbulu ja tengok. ‘Kenapalah puan ni tak follow saya”, ujar saya dalam hati.
✅ Apa yang perlu isteri buat bila terima permohonan poligami?
Kalau anda mungkin marah itu biasa. Kalau anda mungkin setuju dan tak marah pun itu biasa. Tapi, tolong jangan tak pergi ke Mahkamah bila dipanggil.
Bila dihadapan Hakim, Hakim hanya nak tahu, jika anda setuju poligami ini, apa hak yang anda nak direkodkan. Ini kuasa Hakim. Mintak direkodkan Nafkah Diri anda ikut keperluan yang anda perlu.
Kedua, mintak direkodkan Nafkah Anak untuk anak-anak anda. Rekod ikut keperluan, bukan ikut ala kadar. Kalau Nafkah Anak dan Nafkah Isteri pun suami takat nak bagi ala kadar, baik tak payah la poligami.
✅ Apa yang paling penting untuk rekod lagi?
Pada saya yang paling penting adalah rekodkan tentang Harta Sepencarian. Anda kena tahu, kes Harta Sepencarian adalah kes yang rumit di Mahkamah jika satu pasangan bercerai dan nak buat tuntutan tersebut.
Biasanya perbicaraan kes Harta Sepencarian ini makan tahun dan perlukan segala macam bukti untuk perbicaraan. Tapi, bagi isteri yang dapat Tuntutan Poligami, anda diberi keistimewaan untuk mintak Hakim ‘declare’ sebagai perintah, apa sahaja Harta yang suami anda ada sekarang sebagai Harta Sepencarian tanpa perlu bicara.
Bahkan, anda boleh mintak diisytiharkan ‘1/2’ atau separuh bahagian milik anda walaupun suami yang beli 100%. Orang lain nak dapat 1/3 bahagian pun sukar jika bicara kes Harta Sepencarian.
✅ Kenapa penting rekod Harta Sepencarian ini?
Sebagai isteri, anda kena tahu, meskipun suami beli 100% rumah dan sediakan untuk anda, mungkin benar itu adalah Harta Sepencarian. Tapi, jika tidak ada Perintah, andai berlaku kematian suami, Rumah itu tetap dikira pusaka dan perlu dibahagi secara Faraid.
Melainkan anda dapat Perintah Harta sepencarian. Nak dapat perintah 1/2 bahagian, anda perlu ada bukti yang anda juga ada sumbangan langsung terhadap pembelian rumah tersebut.
✅ Apa jadi kalau suami mati, dan tak rekod Harta Sepencarian?
Rumah dan segala harta itu akan dibahagi secara Faraid. Kalau anda ada anak, bahagian faraid anda adalah 1/8. Namun, jika suami anda berpoligami, mungkin dua isteri, bahagian anda akan jadi 1/16.
Itu belum kira jika suami ada 3 atau 4 isteri. Lagi kecil bahagian pusaka anda. Dan tak semena-mena, anda terpaksa naik turun Mahkamah hanya untuk ‘declare’ Harta Sepencarian dan berlawan dengan semua ahli waris.
Itu kalau mati. Kalau anda diceraikan sewaktu hidup, selepas cerai anda nak kena lantik peguam bagi failkan Harta Sepencarian. Itu pun jika Harta itu masih ada. Kalau rumah sudah dijual sebelum cerai, jenuhlah anda naik turun Mahkamah.
✅ Kalau Tuan Fahmi di tempat isteri, apa yang tuan akan buat?
Jangan tak pergi langsung. Lagi rugi. Suami boleh ‘kuak bebas’ depan Hakim. Kalau saya kat tempat isteri pertama tu, saya mungkin tak marah kalau suami saya mampu dan berkemampuan untuk poligami.
Tapi, saya akan mintak rekod Nafkah diri sebagai isteri RM1000 sebulan at least, Nafkah Anak seorang RM600 at least seorang setiap bulan, RM300 untuk baju raya dan RM400 untuk perbelanjaan awal persekolahan.
Harta Sepencarian confirm, semua harta yang suami beli, saya nak mintak Mahkamah ‘declare’ 1/2. Kalau ada yang saya keluarkan duit lebih, saya nak mintak 2/3 bahagian.
Lagi satu, saya nak mintak suami sediakan Hibah Takaful RM1 juta sebagai simpanan dan tinggalan jika berlaku kematian. At least, hak saya selamat selepas kematian suami. Dan bolehlah saya nak survive dengan baik dan selamatkan Harta pusaka arwah.
❤️ Kesimpulan,
Saya sangat berharap, perkongsian saya ini sampai kepada lebih ramai wanita. Jangan pergi ke Mahkamah dalam keadaan yang anda tak tahu apa-apa.
Rugi. Tersangat rugi.
Fahmi Ramli.
Baca juga: Azhan Rani bengang Khunsa dicetak rompak, kecam penonton takde ‘common sense’ share di facebook