Isteri buat kenduri tahlil untuk suami mangsa nahas pesawat, rupanya suami ada di bali dengan perempuan lain

Indonesia kini sedang berkabung dengan tragedi nahas pesawat Sriwijaya Air SJ 182 pada hari Sabtu, 9 Januari lalu.

62 orang termasuk kru dan penumpang dilaporkan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Namun, ada kisah lucu disebalik musibah ini yang patut diberikan pengajaran kepada semua yang telah berumahtangga.

Menurut laporan berita Padang Kita, seorang lelaki telah menipu isterinya dengan mengatakan beliau menaiki pesawat nahas tersebut.

Malang menimpanya, apabila media tempatan telah melaporkan nahas tragedi pesawat tersebut di kaca televisyen.

Lelaki tersebut akhirnya mengakui bahawa dia ke Bali bersama dengan wanita simpanannya untuk menyambut ulang tahun dan juga bercuti.

Kisah lelaki ini dimuat naik di akaun tiktok @Thojenk.

“Sekarang dia bingung mahu kembali ke rumah atau tidak, kerana di rumah [isterinya] sudah menyediakan kerusi dan khemah untuk para tamu yang datang untuk berkabung,” tulisnya akaun TikTok tersebut.

Isterinya dilaporkan bersyukur kerana suaminya tidak menjadi korban nahas pesawat seperti yang diketahuinya.

Baca juga: “Dulu masa bujang suami cakap beli ayam seekor cukup seminggu, tapi bila makan asyik habiskan lauk sorang tanpa tinggalkan aku..”