“Isteri cakap beli cincin kat Habib tapi staff cakap tak ori, rupanya selama ni banyak benda dia tipu aku…”

Kadang-kadang bukan benda mahal yang diinginkan tetapi kejujuran itu lebih penting dalam sebuah hubungan. Siapa yang tidak kecewa bila ditipu bertahun-tahun oleh orang yang dicintai.

Kisah kali ini dikongsi oleh seorang suami yang disakiti. IKuti kisah ini.

Assalamualaikum semua, nama aku Riq. Umur 31, aku anak no 3 dari 4 beradik. Abang aku meninggaI, kakak aku kahwin dan kerja oversea, adik aku perempuan belum kahwin dan ada sakit.

Aku cuba cerita secara ringkas dan dalam masa yang sama, buat korang faham apa yang aku ceritakan. Sebab nak cerita full, note tak cukup, dan terlalu panjang, takut korang bosan.

Aku berkahwin pada 2020, isteri aku, Iman ni agak manja, anak bongsu, dan tunggal perempuan. Tersangatlah rapat dengan mamanya. Umur aku 28, dan dia 25 masa tu.

Dia terlampau manja sampaikan dia utamakan mamanya berbanding aku. Masa nikah, aku dah mula terasa. Masa sesi batal wudhu’, mama suruh aku pakaikan gelang yang dia beli dulu. Kemudian baru pakai yang aku punya.

Aku ikutkan.. Iman pula bagi aku cincin, dari Habib katanya. Esok pagi, aku tengah sarapan. Mama dia datang, dia cakap “Sebenarnya kan, mama tak suka emas campur mas putih ni, mama lagi suka emas macam ni, padu ni RM9k ni” depan abang dia kot.

Aku senyum je, padahal aku beli bukan cikai. RM3k, Habib jugak. Aku diamkan lagi. Masa majlis beIah aku, kemain lagi itu ini dia komplen, mekap tak cantik, makanan tak sedap, pelamin tak lawa. Selang 2 hari, dapat mesej.

“Riq, kalau boleh Riq dan Iman takyah sewa rumah, duduk je dengan mama takyah duduk rumah mak ayah Riq, sebab bukan apa.. Rumah Riq tu gelap, sunyi. Pastu lagipun bilik Riq kecik, takut nanti tidur atas timbunan baju pula”.

Padahal, rumah aku tepi jalan besar. Tang mananya yang sunyi gelap tu? Rumah dia lagi masuk ke dalam lorong. Aku cakap elok-elok, tak boleh. Saya kena jaga adik saya, ibu ayah saya tak kuat sangat.

Dan baru aku tahu, selama ni A to Z mamanya buatkan, dari gosok baju sehinggalah potongkan kuku. Lepastu, Iman merajuk, sepatah apa pun tak cakap. Ibu ayah aku tegur pun dia just cam “hm” ibu ayah aku ni punya laa baik, nak macam mana lagi baik? Apa yang adik aku dapat, dia pun dapat. Dia tak masak, ibu aku tak bising.

Ibu aku pun bukan jenis suka arah-arah menantu buat kerja. Bila duduk rumah ibu aku, ada je tak kena. Balik kerja, ada je keluhan dari isteri aku. “D tahu tak, ayang balik kerja, nasi tak masak. Ayang lapar tau, susah laa camni, ayang balik kerja nak makan.”

Aku cakap, dah tahu takde nasi, order je laa makanan. Kenapa nak serabutkan kepala. Sekali lagi, merajuk. Lepastu, mulalah. Mama dia mesej, Riq tak boleh camtu bla bla bla.. Hari-hari video call mamanya, hari-hari nangis, mengadu kat aku, rindu mama.

Padahal dekat je rumah aku dengan dia, 30 min dah sampai. Okey takpe, aku izinkan dia balik jumpa mamanya bila-bila masa. Tapi bila dah izinkan, hari-hari dia akan balik rumah sini waktu malam je. Dia pernah tak balik, 2 bulan. Dia buat macam aku tak wujud.

Sepanjang 2 bulan tu, dia mesej hari-hari, tapi tak pernah tanya ibu ayah aku. Bila aku suruh balik, mula laa mamanya mesej. Genap 2 bulan balik, buat macam takde apa berlaku. Apa motif kau kahwin? Baru tang tu, Iman kuat cemburu.

Kalau dengan kawan-kawan aku, takpe. Ni dengan adik aku, sepupu aku. Ingat boleh kahwin ke? Kalau boleh pun, weh agak-agak laa. Sepupu kot, kau jeles apa. Dia dengan sepupu dia pun rapat. Tak pernah aku rasa jeles ke apa, sebab aku tahu sepupu.

Dengan adik aku, sangat-sangat cemburu. Pernah adik aku ajak bergambar, baru dua tiga keping. Dia sound “dah laa tu, asik gambar adik je.” Kecik hati adik aku, bukan selalu pun dia nak ambik gambar, adik sihat sikit bawak dia jalan, ambik gambar nak buat kenangan.

Aku belikan adik aku coklat cadbury, sekali pap, gambar whatsapp hilang. Tak bercakap seminggu. Weh, cadbury je. Ada satu hari, adik aku teringin sangat nak makan dadih. Kebetulan, Iman bawak balik dadih, sebab office ada makan-makan.

Adik aku tegur “Waa sedapnya dadih.. Sikit boleh tak? Teringin sangat.” Tahu dia cakap apa? “ohh ni, untuk abang, bukan untuk adik. Kalau adik nak, esok lah eh,” ini ibu aku cerita. Ibu aku bukan ngadu tapi, ibu cerita sebab sedih sebab adik dah pergi nak ambik sudu. Tetiba dia cakap centu.

Aku takde dalam situasi, kalau ada memang sedas dua kena. Nangis aku dengar, aduu menaip ni pun aku sebak teringat balik. Dan pernah juga, Iman bawak balik makanan yang mamanya masak.

Ibu aku jenguk je, baru jenguk tu dah dia cakap, “bu, tu untuk Riq bawa bekal kejap lagi,” tak jadi ibu aku nak tengok.

Aku dengar, terus cakap aku taknak bawak bekal. Bagi je ibu makan. Masih lagi ibu aku layan dia dengan baik. Ada 1 perkara yang Aku pelik, setiap kali dia bagi aku bekal. Dia akan asingkan, bekal aku dengan bekal untuk orang rumah.

Dan dia akan pesan, “bekal ni, jangan bagi kawan D makan”. Dan setiap kali dia masak kat rumah ibu, dia akan bawa bahan-bahan sendiri. Contoh, garam, gula, cili, santan semua dia guna yang dari rumah dia. Padahal sama je yang aku punya.

Dia mandrem dulu ke? Tu satu dah buat aku syak benda bukan-bukan. Dannn sampailah kemuncaknya, bila dia tak solat. Aku dah nasihat, aku dah ajak jemaah. Aku slow talk, tapi masih sama. Aku tertipu, sebelum kahwin dia kata solat.

Aku pernah per4ngkap, aku letak telekung, atas telekung aku letak 2 barang. Dari masuk zohor, sampai maghrib. Macam tu juga telekung tu. Bila tanya, dah solat? Kata dah. Bila soal pasal telekung, dia terdiam. Dia kerja jauh, keluar sebelum subuh.

Pernah, ayah marah aku sebab lewat bangun subuh 3 hari berturut, aku pelik laa. Sebab selalu aku memang akan terjaga. Sekali rupanya, dia matikan alarm aku. Pastu tak kejut subuh. Alasan, dia kata “sian u penat, terganggu tidur.” Aku cerita laa, aku kena marah sebab terlajak subuh.

Lepastu dia boleh cakap “tak lah u, ayah memang macam tu. Marah tak tentu pasal, takpe u, ayang sentiasa faham u. Dari dulu lagi, ayah memang tak puas hati je dengan ayang”. Aku cam, “Yang awak cakap ni, ayah saya tau”.

Pastu mula laa, merajuk. Sampai laa berlarutan, dia balik ke rumah mamanya, tanpa minta izin sebelum balik. Tahu-tahu aku bangun pagi, tengok dia takde, pastu sampai ke malam tak balik.

Esoknya baru dapat mesej “Ayang duduk rumah mama kejap, sebab ayang rasa ayah tak suka ayang. Ayah macam tak puas hati je dengan ayang.

Sebenarnyakan u, ayang dah takde hati nak duduk sana, ayang duduk sebab u je. Takpelah u, nanti kita cari rumah sewa k. Guna duit ayang pun takpe”. Aku tak reply pun.

Ayah aku punya laa sayang menantu, hari-hari tanya Iman macamana harini? Kerja okey? Hari-hari tau, semenjak kahwin ayah tak pernah miss tanya, ini ke baIasannya?

Berlarutan sampailah, genap 2 tahun perkahwinan aku. Masa ni, 6 bulan dia tak balik. Dan aku pun dah terIuka sangat, dia kutuk family aku. Pagi hari Anniversary tu, aku lap-lap cincin kahwin. Memang rutin harian aku, lepas mandi lap-lap cincin dari 1st day kahwin.

Tiba-tiba aku cam nak hantar bubuh mata balik, sebab haritu tengah lap-lap batu mata kecil tu terjatuh. Aku pun, beli laa bunga. Kek, dan sedikit hadiah. Sebab time ni macam dah lembut hati, nak pujuk Iman balik..

Jadi dah settle semua, aku pun pergi laa Habib, nak betulkan cincin tu. Pelayan Habib tu ambil cincin aku untuk check jenis dan sekaligus pasang mata. Pelayan tu datang kat aku, “Maaf encik, encik beli cincin ni kat mana ya? Sebab kami takde design ni, lagipun kalau encik tengok kod kat dalam ni, bukan dari Habib”.

Alangkah terkejutnya aku, sedihnya tak tahu nak cakap apa. Aku kata “Tapi encik, isteri saya kata dia beli kat Habib”. Dia pun cakap “betul encik, ni bukan Habib.” Aku malu sangat masa tu, secara spontan aku cakap “Isteri saya tipu saya laa ni”.

Aku jalan keluar mall, aku nangis. Teresak-esak aku menangis dalam kereta. Betul hancur sangat masa tu, aku bagi dia yang terbaik, apa dia nak aku bagi. Hadiah kek tu, aku tak jadi bagi. Aku bagi kat kakak aku. Sedihnya Allah je yang tahu, aku tak pernah cerita kat ibu ayah aku.

Tapi bila dah jadi macam ni, aku cerita kat ibu ayah aku. Aku cakap, aku buat keputvsan nak lepaskan dia. Seminggu lepas tu, aku terus pergi pejabat agama, tanya procedure dia.

Katanya, kalau fast track. Sehari dah settle, syaratnya dua-dua kena setuju. Kalau tak setuju, boleh lafaz luar. Tapi kena denda.

Aku bukan tak boleh, kalau ikutkan memang nak terus lafaz je. Tapi aku ambil dia cara baik dan aku nak pulangkan cara baik jugak. Dan sampai ke harini, dia masih tak bagi kerjasama dan ya, aku adalah suami yang digantung tak bertali hahahahah.

Aku bagi tempoh minggu depan. Jujur cakap, aku rasa trauma. Sangat. Aku rasa tak boleh kahwin dah lepas ni, memang akan ambil masa yang lama untuk aku terima orang lain. Lebih baik aku fokus jaga family aku, sakit tu masih ada lagi berbekas.

Kalau ikutkan, banyak lagi yang buat aku makan hati, dia langsung tak hormat aku. Nasihat aku, kalau anak manja. Jangan cuba untuk kahwin cepat, make sure diri kau dah betul-betul matang dan boleh fikir mana baik buruk.

Dan, it’s okay if u cant afford expensive things. Asalkan kau jujur, tak semua orang pandang pada nilai. Terima kasih admin, dan maaf kalau susunan ayat berterabur. – Riq (Bukan nama sebenar)

Baca juga: “Suami kurung aku dalam stor siap plaster mulut lagi, aku terpaksa lari ikut bumbung tinggalkan tiga anak sebelum…”