Isteri jutawan dedah bengang terhadap suami sendiri, luah tak dapat guna duit poket dan sentiasa ditemani bodyguard ‘memenatkan’

Seorang isteri jutawan dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), mendakwa penat kerana diberi layanan mewah oleh suaminya dalam status yang dimuat naik di laman TikToknya.

Wanita yang dikenali sebagai Soudi kerap menggunakan media sosial tersebut untuk berkongsi mengenai kehidupannya di Amerika Syarikat (AS) dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam satu klip video menunjukkan dia bergambar dengan suaminya, Jamal, Soudi menulis: “Masalah apabila berkahwin dengan lelaki kaya,”  bersama emoji menangis dan bintang.

Wanita tersebut juga memaparkan dirinya berada di sebuah kedai terkenal, Jimmy Choo, yang menampilkan kasut dan beg tangan mewah.

“Saya tidak dibenarkan untuk menggunakan wang poket saya (semua perbelanjaan ditanggung oleh suami), bersama emoji sedih sebelum mendedahkan bahawa suaminya membeli sesuatu dari gedung tersebut.

Soudi turut menulis: “Dia (suami) membawa saya  terbang (menaiki pesawat) pada setiap bulan. Adalah menjengkelkan mempunyai pengawal peribadi 24/7 (setiap hari),” tulisnya bersama emoji hati berwarna merah dengan terdapat balutan di sekelilingnya.

Wanita yang menggunakan akaun @soudiofarabia di TikTok menulis, “Sentiasa menggunakan pemandu kerana saya tidak sepatutnya berjalan kaki. Jamal suka apabila saya berkelakuan baik,” diikuti dengan emoji bintang.

Baca juga: 4 kes kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak di Malaysia, yang no 2 tu paling menyayat hati