Seorang wanita mendedahkan bahawa sebelum bersetuju untuk hamil, suaminya berjanji untuk membayar sejumlah wang iaitu AS$300,000 (RM1.39 juta) kepadanya.
Saudi Al Nadak, 26, dari Sussex telah mendirikan rumahtangga selama tiga tahun dengan suaminya yang merupakan seorang jutawan iaitu Jamal Al Nadak.
Dalam video yang baru-baru ini dimuat naik di akaun TikTok @soudiofarabia, Soudi bercakap mengenai kehamilannya.
“Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang tidak boleh dirunding,” katanya yang merujuk kepada syarat-syarat kehamilan.
Soudi menjangkakan akan menerima elaun setiap kali hamil dan memiliki akses penuh kepada kad kredit suaminya jika dia memerlukannya.
Dia memberitahu pengikut-pengikutnya di media sosial: “Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan.
“Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermaksud untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta).”