Perkahwinan merupakan ikatan suci yang dibina oleh pasangan yang saling mencintai antara satu sama lain.
Sikap jujur juga adalah kunci dalam terus menelusuri alam perkahwinan yang sering dilanda ombak.
Tular kisah lelaki ini yang ditipu hidup-hidup oleh isteri tercinta yang sedang mengandungkan anak lelaki lain iaitu bekas teman lelakinya.
Nama aku Aril, sudah tentulah bukan nama sebenar. Seorang suami dan tak lama lagi akan jadi bapa. Aku tak tahu nak meluah kat sesiapa sebenarnya, jadi aku meluah kat sini jelah.
Aku tak reti sangat nak bercerita sebenarnya tapi aku cuba sampaikan sebaik mungkin apa yang aku nak luah ni okay.
Aku seorang suami. Dah 3 tahun kahwin. Nama isteri aku, Sara. Walaupun kitorang dah 3 tahun kahwin, baru tahun ini kami bakal dikurniakan rezeki anak.
Isteri aku mengandung dah 4 bulan. Alhamdulillah happy giler rasanya. Akhirnya, bakal ada juga suara lain dalam rumah kami selain suara kami berdua dan bunyi robot vacuum dan bunyi semburan air freshener. Sepanjang Sara mengandung, banyak permintaan yang dia minta untuk aku tunaikan. Mengidam katanya.
Aku apa lagi, dah ni anak sulung dan kali kedua isteri aku mengandung (sebelum ni dah mengandung tapi gugur), aku sudah pasti nak berikan yang terbaik untuk dua orang kesayangan aku ni. Isteri aku nak apa je, aku tunaikan.
Yang bukan-bukan je permintaannya, aku turutkan. Nak makan itu ini, aku usahakan sampai dapat. Sampaikan dia mengidam nak keropok ikan yang ringan dari Sabah tu, aku sanggup fly dari KLIA to KK semata nak beli keropok tu.
Dia taknak aku beli kat Shopee. Aku allergik durian tapi disebabkan dia nak merasa, aku sanggup beli. Sudahnya aku yang muntah-muntah. Setiap minggu aku bawa dia berkelah atau camping. Nak beli jiwa dan hilangkan stress katakan.
Alhamdulillah, aku masih lagi boleh tunaikan permintaan dia setakat ini. Tetapi..yang ini yang aku tak boleh nak tunaikan. Aku tahu dia pregnant dan orang pregnant ni kalau tak dapat apa yang dia nak, emosi dia dan baby akan terganggu. Betul ke?
Entahlah aku dengar-dengar orang cakap macam tu. Sebab aku pernah kerja dekat kedai kek masa zaman bujang dulu. Ada wanita ni mengidam nak kek dari kedai aku tapi jauh sangat untuk delivery. Aku bagitahu dia suruh beli kat kedai berdekatan.
Aku siap bagi no fon kedai tu dan nanti diorang hantarkan. Wanita tu tak nak. Dia nak dari kedai aku jugak. Mengidam katanya. Anak dalam kandungan dia nak makan katanya. Walaupun jauh, aku hantarkan juga pada wanita tu sebab bos aku cakap kalau orang mengidam nak, hantarkan je. Kesian kat dia nak makan.
Ok berbalik kepada mengidam isteri aku yang aku tak boleh tunaikan ni. Cuba teka dia mengidam nak apa? Nak peluk rimau? Tettt salah. Nak cheese dari restoran pergunungan Matterhorn? Tettt salah lagi. Nak selfie dengan Kendall Jenner? LagiIah salah.
Dia nak bau bekas teman lelaki (ex) dia weh. Ya, korang tak salah baca. Dia nak bau ex dia. Nak bau perfume ex dia. Aku tergamam kejap bila dia cakap macam tu. Aku tak marah atau cakap tak boleh tapi aku diam kejap dan rasa macam “apa punya permintaan dia minta ni” ha macam tu.
Aku pun perfume collector. Tom Ford Oud Wood, Creed, Eros, Giorgio Aqua semua tu aku ada. Aku suruh dia bau satu-satu dan cam balik macam mana bau ex dia kat perfume-perfume aku tu. Dia cakap takde satu pun sama.
Ha sudah macam mana aku nak buat ni. Sara pun tak tahu apa perfume yang ex dia pakai tapi dia tahu baunya macam mana. Jadi aku agak buntu nak cari perfume tu macam mana. Setiap kali dia minta untuk bau perfume ex dia, aku kalih topik lain.
Ajak keluar makan ke, ajak keluar tengok barang baby ke walaupun keluar sahaja tapi tak beli sebab aku pun tak tahu nak cari macam mana. Tapi setiap hari dia asyik meminta. Of course sebenarnya aku terasa. Selalunya mengidam nak bau suami. Nak selalu bersama suami tapi kali ni dia nak bau ex dia.
Dah dua tiga kali aku bawa dia ke Sephora atau Victoria untuk ambil bau perfume kat situ. Takde yang sama katanya. Lastly, aku cakap aku tak boleh tunaikan permintaan dia. Kesudahannya mencebik lah bibir dia merajuk dengan aku.
Berhari-hari jugak lah hubungan kitorang dingin. Lepas dari tu, aku mengalah. Aku bagitahu dia suruh contact balik ex dia dan tanya dia pakai perfume apa. Sara taknak. Dia cakap awkward kalau tiba-tiba contact semata-mata nak tanya perfume.
Kesudahanya aku suruh dia jumpa ex dia tu. Kononnya nak pulangkan something yang ex dia bagi. Gigihlah cari barangan yang ex dia bagi dulu. Nasib baik ada sehelai baju yang ex dia bagi dulu yang tersimpan. Kitorang pun pergilah jumpa dengan ex Sara.
Bawa sehelai baju tu sebagai alasan. Aku of course ada sebagai peneman walaupun dalam hati dah terbakar ni. Sampai je kat situ, kitorang pulangkan baju dan aku bagitahu Sara untuk hirup udara kat situ sepuasnya. Ambil bau perfume tu sepuas hatinya sebab selepas ni dah takde dah permintaan macam ni yang akan aku tunaikan.
Yang peliknya aku tak bau apa-apa pun kat si ex Sara ni. Yang aku bau adalah vendor Auntie Anne. Semerbak bau roti dia. Tu jelah luahan aku. Jujur mustahil kalau aku tak rasa apa-apa. Aku jealous kot. Lagi pula, si Sara ni kalau gaduh dengan aku dia asyik compare aku dengan ex dia.
Walhal aku tak pernah pun cerita pasal ex aku kat dia sebab nak jaga hati dia. Sebut nama pun tidak. Yang dia ni bagaikan dah buat presentation biodata ex dia kat aku. Dia tak pernah nak bau aku tapi dia minta untuk bau ex dia.
Fikiran aku dah bercelaru dah masa tu. Syaitan dah mencucuk dah aku untuk fikir yang bukan-bukan. Yelah, aku ni sebenarnya bukan first choice dia pun masa kahwin dulu. Si ex dia ni ha yang first choice tapi tak kesampaian.
Aku faham kalau mengidam nak makan itu ini apa semua. Tapi kalau mengidam yang libatkan masa lalu dan ex ni aku agak sangsi. Adakah benar-benar mengidam atau sekadar…Entahlah taknak aku fikir bukan-bukan.
Kepada kaum hawa, mengidam-mengidam jugak. Hati perasaan pasangan tu tolonglah jaga sekali. Kitorang kalau boleh nak buat yang terbaik untuk korang tapi bila benda macam ni berlaku, patah semangat oiii.
Sambungan.. Ni sambungan untuk kisah aku yang pertama. Aku percaya kalau seseorang tu dah buat confession pasal pasangannya di sini, maknanya dia dah tak tahan dengan perangai pasangan dia. Sama juga dengan aku.
Aku submit confession pertama di sini seminggu sebelum admin upload di FB. Dalam masa seminggu itu, satu bala atau malapetaka dah terjadi dalam rumah tangga aku. Perkahwinan yang aku bina dengan perasaan sayang dan cinta sekarang ni tengah goyah.
Rentetan dari mengidamnya Sara untuk bau perfume ex dia telah buat aku makin nak tahu sejauh mana hubungan Sara dengan ex dia tu. Aku namakan si bajingan ni sebagai Alip. Ke nak letak Cikgu Alip? Eh tak payah. Aku tak nak cemarkan perkataan “cikgu” yang murni itu walaupun si Alip ni seorang guru di sebuah sekolah di ibu kota.
Alip ni bekas teman lelaki Sara. Bini aku. Aku tak tahu kisah dua orang ni pada masa lalu. Dan aku tak nak ambil tahu. Tapi selepas peristiwa mengidam tu, aku tak sedap duduk. Seolah ada sesuatu yang aku tak tahu. Sejak dari kami kenal dan kahwin 3 tahun lalu, tak pernah sekali pun aku sangsi dengan Sara.
Tetapi sejak dia pregnant kali ni, banyak tingkah laku dia yang aku agak curiga. Aku cuba bersangka baik, mungkin pembawaan budak mungkin. Selepas dari kami berjumpa dengan Alip untuk memenuhi kehendak mengidam Sara, aku termenung dan mula flashback balik.
Ya dia dah berubah. Dia layan aku nak tak nak je. Phone dia dah mula ada password. Dan dia mula menolak untuk ikut aku outstation sekiranya aku perlu ke luar negara. Sebelum ni aku biarkan je sebab mungkin dia penat mengandung atau perlukan privacy. Jadi dia taknak ikut aku.
Tiba lah suatu hari aku slow talk dengan dia. Duduk semeja, malapkan lampu dan adakan session heart to heart. Dan adakan session phone checking. Phone checking tu memang tiba-tiba macam spot check zaman sekolah dulu.
Tak bagitahu nak check tapi time tu juga minta nak check. Aku bukannya gemar sangat nak check phone orang tapi kalau tiada apa yang nak disorok, kenapa takut nak bagi pasangan kita check phone kita kan. Kami pun check lah phone memasing.
Whatsapp dan Instagram nampak ok je. Tiada kelibat chat dari si Alip. Aku buka Telegram. Banyak gila group Telegram bini aku ni. Hampir 50 group ada. Kebanyakan group pasal Shopping dari China. Aku dah give up nak check satu-satu group sampailah satu group ni.
Nama group borong vietnam apa entah. Aku tekan group tu. Ada dua nombor fon sahaja dalam group tu dan salah satunya nombor fon bini aku. Bini aku admin group tu. Sorang lagi korang tekalah nombor siapa. Isi group tu satu hapak pun takde pasal borong vietnam.
Semua isi yang menjurus kepada kecurangan. Ada selfie dan sebagainya. Sayang, rindu, baby, muah muah dengan sticker love apa semua dah jadi benda biasa dalam group tu. Oh, bijak jugak eh bini aku ni nak kaburkan chat dia dengan Alip, terus create group berdua eh. Hampir tertipu aku.
Oh ya, rupanya pasal perfume itu. Diorang bodo-bodo kan aku rupanya. Aku baca text diorang kat Telegram. Sumpah menyirap habis. Tak sangka hubby you betul-betul bagi you jumpa i ye katanya Alip dalam text tu.
Bangs*t betul. Patutlah aku tak bau apa masa jumpa si celaka tu. Aku apa lagi, time tu dah tak jadi slow talk dah. Dah jadi hard talk dah. Tak pernah aku tinggikan suara dia sepanjang kitorang kahwin. Tapi malam tu memang betul-betul aku naik angin.
Sampaikan jiran whatsapp aku tanya aku okay ke tak. Aku minta penjelasan dia. Dia nangis sambil pegang perut. Nak suruh aku belas kasihan lah tu. Ah takde, kali ni aku takde belas-belas. Selama ni aku layan kau bagaikan puteri, tapi kau buat apa belakang aku?
Aku tanya dia macam tu. Aku betul-betul kecewa. Dia teruskan menangis. Sambil dia menangis, aku keluar jap kat balkoni ambil angin. Aku nyalakan rokok sebatang sambil balas Whatsapp jiran tadi. Aku okay bang, biasalah hidup laki bini tak selalu indah.
Aku reply gitu kat jiran tu. Aku masuk balik ke dalam rumah. Kali ni dia dah kat bilik. Aku tetap paksa dia bagi penjelasan sejauh mana dia dengan Alip. Akhirnya dia bagitahu, memang dia curang dengan aku. Allahu waktu tu hanya Allah je tahu perasaan aku macam mana.
Nak nangis tapi tak dapat nak nangis. Retak seribu hati ini. “SINCE WHEN???” Aku tengking dia. “New Year” balas dia. Aku dah bukak kekuda dah ni nak tibai anak Maarof (bukan nama ayah Sara yang sebenar) tapi tulah dah tak terdaya nak buat semua tu sebab hati ni dah kecewa sangat.
Lemah jadinya. Karang jadi apa-apa karang, aku juga kena tanggung. Dahlah member tengah pregnant. Betul lah masa new year aku ada trip ke Heathrow dan dia tak ikut sekali. Dalam tengah aku mendidih, dia boleh pulak twist situation.
Dia cakap aku tak sayang dia, selalu tak cakap i love you, tak kucup dahi dia selalu. Dia macam nak perhatian tapi aku pergi outstation. Dia cakap Alip lain. Alip bagi semua benda yang aku tak bagi. Haah yelah sekali dengan dosa Alip bagi kau ye Sara. Aku balas gitu.
Dia balas balik pada aku. Dia kata awak kerja pun takkan awak tak pernah tengok pramugari. Entah-entah awak pun ada affair dengan pramugari. Mengucap dan istighfar panjang aku dengar dia cakap gitu. Masa tu aku memang nak sangat lempang dia.
Dia ingat aku ni macam dia agaknya. Pantang pasangan jauh sikit, terus cari ex. Dia masih lagi dok bandingkan aku dengan si Alip tu. Dia cakap lagi, ramai yang tergilakan dia. Ramai nak isterikan dia tapi kenapalah dia pilih aku.
Dia tak sedar agaknya aku ni pilot. Bersepah aku tengok muka yang lagi lawa dari dia kat airport tu. Aku pun tak faham apa yang perempuan ni nak. Nafkah zahir batin aku bagi cukup. Nafkah zahir aku bagi dia dua kali ganda dari aku bagi mak aku.
Nafkah batin, time aku balik outstation atau aku takde flight, aku ajak dia camping atau staycation. Rumah, kereta, makan semua cukup aku bagi. Dia pregnant je, aku dah list dah benda yang aku nak buat untuk dia. Dah standby bajet nak bawa dia kat tempat berpantang yang macam Fizo Omar bawak bini dia tu.
Kalau aku takde flight, semua kerja rumah aku buat. Dia mengidam nak apa, semua aku tunaikan. Sampaikan dia menipu mengidam pun aku tunaikan. Bukan sebab kita lurus atau bodoh atau dayus tapi sebab kita nak yang terbaik untuk pasangan kita.
Aku pun tahu halal haram. Dia nak mengidam makan babi, jilat tar apa semua macam komen kat confession aku yang pertama tu memang aku takkan bagi lah. Apa lagi yang kau nak aku pun tak tahu wahai perempuan. Malam tu berlalu dengan gitu je.
Aku keluar rumah balik rumah mak aku. Dia duduk je kat rumah tu. Aku tak boleh tinggal kat rumah tu malam tu. Panas sangat kat rumah tu walaupun malam tu hujan. Aku ceritakan semua ni kat mak dan kakak aku. Aku rasa tak boleh nak teruskan perkahwinan ni.
Aku bagitahu dia aku akan lepaskan dia selepas dia bersalin nanti. Anak dalam kandungan tu aku masih keliru. Aku kena jumpa pakar dalam bidang ini dulu untuk decide macam mana nak tentukan anak tu aku punya atau Alip punya. Kalau aku punya, Alhamdulillah aku akan sedaya upaya jadi bapa yang terbaik. Tapi kalau sebaliknya, aku redha jelah.
Sambungan.. Hai dan assalamualaikum buat kali ketiga. Kali ni episod ketiga untuk kisah rumahtangga aku. Sebelum aku luahkan luahan hati aku buat kali ketiga di sini, aku nak bagitahu awal-awal yang tiada paksaan untuk korang percaya atau tidak dengan luahan aku ini.
Kalau korang nak kata ini cerita rekaan, silakan tetapi apa yang aku coretkan di sini adalah pengalaman yang betul terjadi pada diri aku. Semoga perngalaman ini tidak terjadi dalam rumah tangga korang ye. Ada yang komen kenapa Sara buat fake mengidam sedangkan boleh je jumpa Alip masa aku outstation.
Aku dah bagitahu kan dalam confession sebelum ni yang Sara dan Alip hanya nak bodo-bodokan aku. Mungkin diorang suka rasa adrenaline bila dapat bodokan aku. Ada yang komen luahan aku tipu sebab pilot kat Malaysia ni tak ramai dan boleh agak siapa aku.
Memang sebulan ni aku perlukan sangat kata-kata semangat itu. Alhamdulillah, aku dah selamat bercerai dengan Sara. Penceraian ni bukan di mahkamah. Penceraian ni berlaku semasa aku bergaduh dengan dia. Kecewa sangat sampai aku lafaz cerai on the spot.
Dan penceraian ini dah disahkan oleh Pejabat Agama. Untuk status baby dalam kandungan Sara, berat untuk aku bagitahu yang status baby tersebut bukan darah daging aku. Terlalu kecewa bila aku ingatkan balik semasa aku tahu keputusan paternity dan DNA itu.
Sekarang ni, aku tengah tunggu prosedur lengkap dari peguam aku untuk aku mulakan lafaz lian untuk aku sangkal baby tersebut untuk dinasabkan atas nama aku bila baby itu dilahirkan nanti. Aku pun dah tak tahu nak tulis apa dah. Terlalu kecewa.
Itu je yang aku boleh katakan. Lagi aku kecewa bila aku ceraikan Sara, ibu Sara seolah menganggap aku ni lelaki yang tak berguna dan tak bertanggungjawab. Ibu Sara suruh aku lupakan hal kecurangan anak dia dan mulakan hidup baru balik. Bina balik kehidupan aku dengan Sara.
Ibu Sara minta aku bersabar dan membesarkan anak itu bersama Sara. Dia yakin yang Sara akan berubah. Memang tak mungkin!. Mati hidup balik pun aku tak akan kutip balik sisa tinggalan Alip untuk aku habiskan seumur hidup bersama.
Apatah lagi bersama bayi yang bukan tanggungjawab aku. Kau pergi lah melutut depan Alip sana. Suruh dia bela kau dengan bayi kau tu. Alip ada call aku untuk jumpa. Nak bincang katanya. Siap datang berkali-kali ke rumah aku lagi untuk berbincang.
Apa lagi yang nak dibincangkan pun aku tak tahu. Aku mengelak dan sampai kesudah aku tak bercakap walau sepatah perkataan dengan makhluk yang dah menghancurkan rumah tangga aku tu. Sara pun keluar dari rumah aku tanpa bawa apa-apa barang yang aku belikan untuknya.
Bagaimana dia datang dengan sebuah luggage, begitulah dia keluar. Masa nak keluar tu pun ada hati nak ambil barang baby yang aku belikan. Memang aku tak bagi lah. Semua barang tu aku yang beli, jadi barang tu akan ada dengan aku.
Suruh lah bapak baby tu yang belikan. Aku dah pun sedekahkan barang tu pada kakak aku. Kebetulan kakak aku pun mengandung. Kereta dan barang kemas yang aku beli pun aku ambil balik. Lepas bercerai tu pun, ibu Sara selalu call aku bagitahu Sara demam lah, tak lalu makan lah apa semua. Pastu suruh aku datang melawat lah.
Aku nak je jawab “So What?” atau “Kesah pulak aku” tapi nampak macam kurang ajar sangat. Jadi aku jawab lah suruh pergi hospital, suruh dia makan ubat dan sebagainya. Yang bertanyakan Sara ni cantik ke sampai selalu perli aku masa kahwin dulu, selalu bandingkan aku dengan ex dia, selalu kata yang ramai berebutkan dia.
Yes, dia memang cantik. Tapi dah tak cantik dah sekarang bila jadi ex aku hahahaha. Dia dulu kerja bank. Aku kenal dengan dia pun dekat bank masa nak apply loan untuk beli rumah aku. Lepas kami kahwin, dia nak jadi housewife dan buat bisnes online je.
Aku masih lagi terkilan sampai sekarang sebab perkataan maaf tak pernah keluar pun dari mulut dia setelah apa yang dia buat kat aku. Dia yang curang, dia yang mengandungkan anak orang lain tapi kenapa aku yang rasa berat dan seolah aku yang buat salah pada dia.
Baca juga: Bahagia selepas cerai, netizen tidak puas hati Puteri Sarah tak hormati tempoh idah