Isteri kantoi curang dengan doktor berstatus suami orang, siap ‘check-in’ hotel di Madinah

Baru-baru ini, tular beberapa tangkap layar dan foto memaparkan seorang wanita berlaku curang bersama suami orang anak satu dan dipercayai mula berlaku sewaktu bertugas di Tanah Suci Mekah, di bawah anjuran Tabung Haji pada tahun lalu.

Perkongsian suami wanita tersebut di ruangan Facebook telah meraih perhatian warganet. Lelaki dikenali Edwind Hiew dalam hantaran di Facebook menyertakan bukti mesej perbualan isterinya bernama Aini bersama lelaki terbabit selain jelas memaparkan doktor lelaki berkenaan memulakan ‘komunikasi’.

Segalanya bermula apabila doktor lelaki berkenaan bertanya beberapa soalan sama ada wanita berkenaan mempunyai seorang kakak atau tidak kerana dikatakan mempunyai wajah seiras dengan kawan perempuannya.

Namun, perbualan mereka lama-kelamaan menjadi semakin mesra dan sehingga doktor lelaki dikenali Habir mengakui sudah jatuh cinta dengan isteri Edwind.

“Sebenarnya saya dah mula sukakan Aini. Aini ni baik hati dan banyak tolong saya dalam buat kerja.

Apa yang lebih ketara dan membuat hati seorang suami remuk adalah isterinya dikatakan telah melakukan perkara terkutuk ketika berada di Madinah dimana mereka telah mendaftar masuk ke sebuah hotel mewah di Madinah.

Malah, mereka berdua juga telah menginap di hotel berkenaan selama tiga hari dua malam tanpa pengetahuan pihak Tabung Haji.

Lantaran itu, Edwind meminta jasa baik orang ramai untuk mendapatkan bantuan mengenai lokasi tempat tinggal atau pejabat lelaki terbabit dan isterinya.

Warganet mengecam hebat tindakan wanita dan doktor itu yang dianggap sangat keterlaluan sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk di tanah suci.

Baca juga: Wanita terima kad hadiah RM8,000 daripada Subway, akan lebih berhati-hati dalam mengisytihar makanan