Isteri baru Khalid Samad meninggal dunia

Isteri kepada Pengarah Komunikasi Amanah Negara Khalid Samad telah meninggal dunia. Innalillahi wainna ilaihi raajiun.

Dukacita dimaklumkan Puan Salwani Yusof isteri Tuan Hj Khalid Samad baru kembali ke Rahmatullah di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) jam 1.15 tengahari ini pada 5/2/2024.

Takziah diucapkan kepada Hj Khalid Samad dan keluarga. Semoga Ruh Allahyarhamah Salwani dimasukkan Allah dalam golongan solihin dan siddiqin.

“Allahummaghfirlaha warhamha waafiha waafuanha.

“Takziah kepada Tuan Hj Khalid Samad dan keluarga,” kata pengguna Facebook Abdullah Zawawi Wahab.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian selepas solat Isyak Dan akan dikebumikan di Kubor Tok Kenali.

Baca juga: Tak payahlah nak pertikai isu pengampunan Najib, banyak jasa beliau kepada negara-PM