Isteri MK rupanya anak tiri pelakon terkenal, ramai terkejut bila tahu

MK yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, rupanya ramai yang tidak tahu dan terkejut bahawa pasangannya merupakan anak kepada pelakon terkenal.

Berkongasi kegembiraannya apabila anak tirinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin selamat bergelar isteri kepada penyanyi rap MK pada pagi Jumaat lalu.

Dramatis Datin Seri Noniswara atau Noniswara Baharudin, 54, turut berkongsi kegembiraan apabila Siti Hajaar akhirnya selamat bergelar isteri selain mengucapkan tahniah kepada suaminya, Datuk Seri Syeikh Nordin Sheikh Ahmad kerana menerima menantu.

“Alhamdulillah, tahniah encik suami dapat menantu. Tahniah buat si manis saya, anak tiri Hajaar dan MK,” katanya.

Noniswara berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Bagaimanapun, Noniswara tidak hadir pada majlis resepsi Siti Hajaar dan MK yang diadakan di Hotel Wydnham Acmar, Klang pada malam Sabtu.

Sebaliknya Syeikh Nordin dan bekas isteri Sharifah Hasnah Syed Hussain tampil sedondon memakai baju berwarna maaron selain turut naik ke pelamin untuk menepung tawar pengantin.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Siti Hajaar menerima mas kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang tangan.

Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu.

Baca juga: Tak sangka Proton Saga jadi kereta paling laris di negara Kenya, ini sebabnya