Hari ini hangat diperkatakan mengenai ibu mertua tiri pelakon Nora Danish iaitu Datin Seri Haflin Saiful yang memuat naik foto dan video di Instagram dikatakan berlepas ke Perancis.
Difahamkan, tujuan isteri kepada Datuk Seri Nazri Aziz itu ke sana adalah untuk mendaftarkan anaknya bersekolah disana. Bagaimanapun, perkara itu menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Di laman Twitter, rata-rata netizen mengecam Haflin apatah lagi ramai rakyat kesusahan sehinggakan ada yang mendoakan agar pesawat yang dinaikinya terhempas.
Saja nak share time semua orang tengah pening dengan announcement PKPD ni, bini ahli politik relax up gambar bercuti di oversea. Eh salah. Laki dia habaq pergi hantar anak sekolah dekat oversea. pic.twitter.com/6LMxB6eDo1
— π³οΈβπPuKiPakDiaπ³οΈβπ #campurLGBT (@meinmokhtar) July 1, 2021
Malah, netizen turut meluahkan rasa berang apabila mendakwa Haflin dapat travel ke luar negara atas alasan yang meragukan dan lebih menimbulkan kemarahan apabila memuat naik perjalanannya ke sana di media sosial.
Saya sudah, anda bagaimana pic.twitter.com/1CwK6eF5u9
— Anome π²πΎπ΅πΈπ΄π³οΈ (@Anomemous_) July 1, 2021
Dalam pada itu, lebih menjadi perhatian Haflin memuat naik satu entry di Insta Story seolah menyindir kembali netizen yang menghentamnya.
Seronok dia jalan jalan eh? Kau kalau takde common sense ni susah sket. Orang dah burnt out duduk rumah kau sibuk tayang kau fly sana sini?
Datin Seri Haflin Nazri Aziz tu ape? Apesal nama suami kau ada dekat belakang nama kau? Kau kenape eh?
Kelakar la powderpuff kau tu? pic.twitter.com/CvVmqPLVdG
— Januar Haikal π΅πΈπ΅πΈπ΅πΈπ΅πΈ (@Januarhaikal) July 1, 2021
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Nazri Aziz turut sama dalam penerbangan dan setakat ini masih tiada penjelasan lanjut daripada Ahli Parlimen Padang Rengas itu.
sumber : https://www.rotikaya.com/ibu-mentua-nora-danish-teruk-dikecam-sampai-netizen-doakan-pesawat-terhempas/