Isteri Raja Petra dedah punca kematian suaminya

Pagi ini kita dikejutkan dengan berita pemergian penulis blog terkenal dan berpengaruh Raja Petra Kamaruddin yang meninggal dunia di Manchester, London.

Perkara ini disahkan sendiri oleh adiknya Raja Idris.

Sementara itu isteri Allahyarham selepas daripada itu menulis di facebook Malaysia Today tang menceritakan punca pemergian suaminya.

Menurut isternya, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah dan merebak ke paru-paru sehingga hati.

Katanya, suaminya telah meninggal dunia pada pukul 11.26 malam semalam di Manchester, United Kingdom (UK).

“Semoga Allah letakkan beliau bersama roh syuhada dan orang salihin,” katanya.

Beliau mengendalikan laman web Malaysia Today, yang menerbitkan ulasan dan artikel mengenai politik Malaysia, yang sering menjadi kontroversi.

Raja Petra telah menetap di Manchester selama beberapa tahun.

Baca: Ira Kazar kini jadi ‘penasihat’ kecantikan tak berbayar, rajin layan peminat di laman sosial