Isteri suspek tembak akhirnya ‘bersuara’ – “Suami saya jadi buruan”

Akhirnya, selepas 10 jam isteri suspek akhirnya memberikan keterangan susulan insiden tembakan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Wanita itu yang lebih dikenali sebagai Ustazah Farah Cie mengakui trauma atas kejadian yang dialaminya.

“Mohon maaf mesej bertalu tidak terbalas. Masih trauma kejadian di depan mata,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada awal pagi Isnin.

Wanita tersebut turut berkongsi perkembangan pengawal peribadinya yang turut ditembak ketika kejadian itu berlaku.

“Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama kita doakan kesembuhan Along sihat sedia kala,” ujarnya.

Perkongsian itu dilakukan sekitar 10 jam selepas Farah Cie diberitahu oleh peguamnya untuk tidak membuat sebarang kenyataan mengenai kejadian tembakan yang berlaku.

Orang ramai disarankan untuk mengikuti kenyataan rasmi dari pihak polis untuk mendapatkan informasi terbaru tentang perkembangan kejadian tersebut.

“Suspek sedang dalam buruan, rujuk setiap kenyataan rasmi pihak polis yang sahih.

“Saya menerima nasihat daripada pihak peguam untuk tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan kes ini sementara waktu,” katanya.

Baca juga: Nenek ‘wasiatkan’ buku nota lama tulisan jawi pada cucu, yang terkejut tu ada resepi cheesecake