Gelagat manja seorang murid yang begitu rapat dengan gurunya ketika program beralunkan bacaan ayat al-Quran dan selawat sedang berlangsung mengundang perhatian netizen.
Isteri kepada guru terbabit yang memuat naik video itu memberitahu kanak-kanak itu merupakan anak istimewa yang sudah kematian ibu.
“Soalan yang sama juga saya tanya suami tapi saya tak pelik sebab setiap tahun pasti ada yang rapat macam ni,” tulisnya menjawab soalan netizen.
Menerusi rakaman video yang dikongsi mummy_min dilihat budak lelaki berkenaan turut bermain dengan janggut gurunya itu.
Sejuk mata netizen memandang juga melihat kasih sayang antara murid dan guru itu apabila dilatari dengan bacaan ayat suci al-Quran.
Menurut mummy_min, murid berkenaan adalah kanak-kanak istimewa yang sudah kematian ibu.
“Mak dia dah meninggal dunia, sama-sama kita beri kasih sayang. Moga anak-anak ini rasa disayangi,” tulisnya.
“Murah rezeki kalau budak-budak suka dengan kita.
“Dia selesa, anak-anak pun tak semua berani dengan ayah masing-masing macam tu. Nampak sangat dia selesa tu,” demikian antara komentar netizen di TikTok.