Sebagai seorang isteri, adalah wajib bagi mendengar kata dan mentaati suami sebagaimana islam menyuruh selagi tidak melanggar syariat agama islam.
Penting bagi isteri mengetahui apa tanggungjawabnya di rumah supaya dapat bertolak ansur dengan suami dan tidak bertelagah tentang tanggungjawab masing masing.
Sebagai contoh suami telah mencukupkan segala barang dapur dan perlu berjimat kerana gaji tidak terlalu tinggi, isteri yang taat perlulah membantu dengan masak di rumah supaya dapat menjimatkan kos.
Kisah benar di bawah ini menceritakan suami yang kerap dibuli si isteri namun tidak pernah menyuarakan pendapatnya kerana terlalu menyayangi si isteri.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku tak tahu macam mana nak cerita. Nak luah dekat mana. Aku seorang suami dan ayah kepada 2 orang anak. Isteri aku seorang yang berkerjaya dan waktu kerja dalam office hour.
Aku berkahwin dengan isteri aku atas dasar suka sama suka. Perkahwinan kami memang mudah. Bak kata orang kenal sahaja terus nikah. Perkahwinan kami sudah berusia 6 tahun. Memang menc4bar. Bermula dengan PJJ kemudian selepas 3 tahun isteri pindah ke kampung halaman.
Kami buat family planning masa awal perkahwinan kerana hubungan PJJ ini. Dua-dua setuju untuk tidak ada anak dalam masa setahun dua sehingga dapat duduk serumah sekali. Semasa awal perkahwinan aku tak kisah ulang alik jumpa isteri setiap minggu.
Walaupun perjalanan yang jauh aku hadap juga sebab sayang isteri. Kadang-kadang naik bas 6-8 jam. Kadang-kadang drive sendiri 4-5 jam. Dalam sebulan 3 kali aku pergi jumpa isteri dan sekali dalam sebulan dia akan balik ke rumah ibunya.
Balik ke kampung aku pula. Ada sekali dalam 2 bulan tapi aku tak kisah sebab aku faham penat ulang alik jauh. Pernah juga aku minta isteri aku balik pula jumpa aku setiap minggu. Tapi dia cakap dia penat. Jauh nak ulang alik.
Aku pun ok sahaja pada awal perkahwinan sebab faham keadaan perjalanan yang jauh. Begitulah setiap bulan selama 3 tahun. Disebabkan urusan berpindah isteri aku yang lambat kami pun rancang untuk ada anak sendiri pada tahun kedua perkahwinan.
Alhamdulillah isteri aku mengandung seperti yang dirancang. Dan tahun yang ketiga dia dapat pindah balik ke kampung halaman dia. Tahun ketiga aku pulak dapat pindah tempat kerja yang berdekatan rumah isteri aku. Kami mula hidup sekali bersama seorang anak kecil yang comel.
Bila duduk sekali ni. Bermula la episod masalah rumah tangga. Aku mengaku, aku bukan suami yang terbaik. Tapi aku cuba yang terbaik untuk jadi seorang suami dan ayah kepada anak -anak aku. Aku turut cuba menjadi memantu yang baik buat ibu mertua aku.
Aku mengaku aku banyak yang kurang. Dari segi agama dan ketua keluarga. Tapi aku cuba menjadikan keluarga aku satu keutamaan aku. Masa isteri aku nak melahirkan anak sulung aku. Aku tetap tunggu dekat hospital. Aku hanya balik untuk mandi dan tukar baju.
Isteri aku start admit ward memang ku sentiasa berjaga dan tidur ayam sahaja di hospital. Lupa nak bagi tahu masa ni aku sambung study PJJ. Masa ini juga tengah tunggu exam final dan kena hantar assignment. Masa di hospital ni juga lah aku siapkan assigment malam-malam masa tunggu isteri aku.
Lepas semua selesai isteri aku pun discharge dari wad. Aku apply cuti 2 minggu untuk jaga isteri dan anak aku. Aku yang mandikan anak aku. Aku yang tukar pampers. Baju anak dan isteri aku yang lipatkan. Mula nampak ok.
Tapi lepas 3-4 bulan aku nampak isteri aku tak nak buat semua kerja ni. Dia hanya menyusukan dan tidokan anak sahaja. Aku masih sabar. Aku faham isteri aku penat. Tapi satu benda yang aku perasan. Kalau aku tak ada, isteri aku boleh siapkan anak aku sendiri.
Bila aku balik kerja awal. Dia sengaja biarkan anak aku tak mandi. Pernah mak mertua aku tegur isteri aku. Tapi dia cakap balik, ‘Ayahnya kan ada, bagi ayahnya yang buat’ Benda ni berlarutan sehinggalah sekarang sampai kami sudah ada anak kedua.
Aku perasan isteri aku ni agak baran. Kalau anak aku jatuh sikit. Dia marah aku. Kalau apa-apa jadi dekat anak aku. Dia akan marah aku macam aku yang d3ra anak aku. Macam-macam yang keluar dari mulut dia. ‘Aku tak tengok anak’, ‘Aku tak boleh harap’, ‘Ayah ni ada pun tak guna’.
Kadang-kadang aku ditengkingnya. Pernah sekali aku tengah video call dengan family aku. Anak aku jatuh. Dia jerit ke arah aku. Aku malu depan keluarga aku. Jatuh air muka bila seorang isteri jerit dan marah aku depan keluarga aku sebagai seorang suami.
Aku memang terasa hati. Tapi aku pendam sahaja. Untuk keharmonian rumah tangga. Pernah juga aku ambik cuti nak jalan rumah adik beradik yang jauh. Tapi isteri aku balas cakap aku. Dekat sana bukan ada apa-apa pun.
Padahal aku nak pergi rumah keluarga aku. Dia cuma anggap keluarga aku bukan siapa-siap pada dia. Tapi aku pulak bila dengan keluarga dia aku beri layanan yang terbaik. Kadang-kadang aku belanja makan. Kadang-kadang bercuti aku tolong bayar duit hotel. Tiket cuti aku yang bayar. Tapi aku tak pernah mengungkit.
Ada satu yang aku perasan dengan isteri aku kalau ada orang cuba masuk jarum kat isteri aku dia akan mudah dengar cakap orang. Makan minum aku selalu beli untuk keluarga aku. Aku tak pernah minta isteri aku masak.
Kalau dia nak masak dia akan masak. Kalau dia tak masak memang aku akan beli keluar. Boleh cakap, kebanyakan untuk makan aku beli dekat kedai sebab aku tak nak susahkan isteri aku dari awal perkahwinan.
Aku pun tak pernah minta isteri aku masakan makanan kesukaan aku. Sebab aku tak nak susahkan dia. Kadang-kadang benda yang aku teringin nak makan aku cuba masak sendiri. Kalau tak jadi aku akan cuba cari di kedai.
Kemas rumah pun aku dalam masa setahun hanya berapa kali sahaja isteri aku kemaskan. Boleh dikira dengan jari. Dia cakap dia jaga anak tak sempat nak kemas. Aku sendiri yang akan kemas rumah. Sapu sampah mop lantai basuh baju sidai baju basuh toto.
Semua aku yang buat. Urusan di luar rumah pun aku yang buat. R4cun rumput, buang sampah. Kadang-kadang aku terfikir isteri aku memang penat jaga anak atau sengaja tak nak buat. Pernah beberapa kali aku balik lewat lepas kerja.
Aku terlupa basuh botol susu aku. Isteri aku sound ja direct kat aku. Kenapa tak basuh dengan nada yang tinggi. Boleh tak mudahkan urusan dia lagi. Aku tak faham macam mana nak mudahkan urusan dia lagi. Benda aku balik kerja lewat kot. Penat badan. Mental penat aku tertidur bukan saja – saja tido.
Kalau dah semua benda aku nak buat. Aku tak tahu macam mana nak mudahkan urusan dia lagi. Bab layanan batin aku. Jangan dikira. Kadang-kadang sebulan sekali. Kadang-kadang 2 bulan sekali. Alasan isteri aku macam biasa penat. Walaupun urusan rumah aku yang buat.
Dia balik kerja menyusu anak. Bagi anak tido. Selain tu aku tak nampak. Aku cuba meminta layanan dari dia. Tapi sering ditolak. Sampai aku dah rasa tak ada nafsu untuk bersama. Pernah juga awal-awal dulu aku minta dia buat kerja rumah. Tapi dia cakap tu semua tanggungjawab suami. Ustaz kata semua suami kena buat.
Tapi dia tak dengar ustaz tu cakap habis. Isteri kalau suami suruh kena taat dan wajib buat selagi tidak melanggar syariat islam. Sepanjang perkahwinan ni aku tak pernah tinggi suara dengan isteri aku. Kalau dia buat apa-apa yang meny4kitkan hati aku, aku banyak diam dan pendam.
Aku tak pernah pukul isteri aku. Aku cuba untuk jadi suami dan ayah yang baik. Tapi lama-lama aku fikir isteri aku ni dah jadi tuan. Aku pulak yang jadi khadam. Betul cakap orang. Macam mana pun isteri. Suami kena tegas.
Kalau suami tak tegas. Isteri tak dengar cakap. Sampai level kepala suami kena pijak. Aku jadi str3ss. Aku penat kerja. Balik kerja kena hadap isteri aku berleter. Aku tak ada tempat nak cerita. D4rah tinggi aku pun sekarang dah naik.
Aku tak cerita kat isteri aku. Nanti aku lagi disalahkan. Aku pernah fikir nak berpisah tapi aku sayang anak-anak aku. Aku takut berpisah dengan anak-anak aku. Aku fikir juga kenapa aku tak nikah lagi sorang. Aku berhak dapat layanan dari seorang isteri dengan lembut.
Seorang isteri yang dapat layan aku dengan hormat. Seorang isteri yang sanggup tunggu aku balik kerja. Sediakan minum ketika aku tengah penat. Mental aku memang tengah down. Aku harap aku dapat bertahan untuk anak-anak aku. – Suami tak guna (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Macam mimpi! Ini bank pertama boleh keluar duit percuma, rupanya bank ada masalah teknikal