Isteri tergamak minta izin kahwin lain sebab suami sakit tenat

Isteri tergamak minta izin kahwin lain sebab suami sakit tenat. Wanita dari Palembang, Semuantera Selatan tular kerana meminta untuk berkahwin dengan kekasih gelap.

Menurut laman Wolipop, suaminya sedang sakit tenat, terlantar sahaja di rumah.

Rakaman video wanita itu meminta agar suaminya yang sedang terbaring di dalam rumah mereka dimuat naik oleh anak pasangan tersebut, Sehen Ki Agoeng di laman TikTok.

Wanita itu mengajak teman lelaki ke rumah untuk memberitahu suaminya bahawa dia ingin berkahwin lain.

Dalam video yang tular itu, si isteri dan lelaki simpanannya hanya berdiri acuh tak acuh sambil melihat keadaan suami yang terbaring lesu.

“Selepas ibu menyampaikan pesanan terakhir kepada ayah, dia meminta izin untuk keluar rumah,” tulis kapsyen video.

Sementara itu, anak pasangan itu memaklumkan bahawa bapanya sudah reda ditinggalkan isteri meskipun dengan cara kejam seperti itu.

Bila pasangan terlantar sakit, sepatutnya kita mencurah bakti menjaga mereka bukannya keluar dan cari orang lain. Jangan pernah bina kebahagiaan atas tangisan orang lain.

Baca Juga: Pelajar langgar dua pemotong rumput hingga maut, mengaku tidak bersalah

Baca Juga: Kos gandum mahal, restoran mamak dijangka naikkan harga roti canai?