Sesetengah barang ada ‘sentimental value’ kepada seseorang. Biasanya barang tersebut nampak remeh bagi orang lain tapi, bagi si pemilik barang itu sangat penting dan wajib ada bersama mereka.
Seorang pengguna Facebook Muhammad Hassan ada memuat naik satu hantaran bahawa isterinya tidak boleh makan jika tiada pinggan Tom and Jerry bersama. Jika ingin pulang ke kampung pasti pinggan tersebut juga akan dibawa.
Dia juga sanggup berpatah balik semula ke rumah untuk mengambil pinggan tersebut jika tertinggal. Pinggan itu sudah berusia 5 tahun menurutnya.
“Pinggan ini sudah berusia 5 tahun. Selain makan di rumah isteri tidak akan tertinggal pinggan ini untuk dibawa sekali jika balik ke kampung. Jika tertinggal saya sanggup patah balik.”
Bunyi agak kelakar tapi rupanya ada kisah sedih di sebalik pinggan itu. Menurut Mohammad Hassan, dulu arwah anak mereka sangat gemar menonton Tom and Jerry. Sebelum masuk ke dewan bedah anak mereka ada meminta untuk menontonnya.
Namun, takdir Allah anak mereka meninggal dunia dalam pembedahan tersebut. Mulai saat itulah, pinggan Tom and Jerry itu wajib ada walau ke mana mereka pergi.
Maka terjawab sudah kenapa setiap kali makan mesti ada pinggan itu.