Isu lama plat nombor kereta dikitar semula berulang-ulang, Ahli Parlimen Bentong ini ingatkan sama jangan fitnah JPJ

Isu plat nombor pendaftaran kenderaan milik Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman dilihat terus dikitar semula berulang-ulang oleh pembangkang.

Wakil rakyat DAP itu menegaskan beliau sudah menukar plat tersebut mengikuti spesifikasi ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kenapa recyle isu yang lama berulang-ulang? Ini nombor plat sekarang di kedua-kedua kereta.

“Untuk pengetahuan pihak JPJ pun ada keluarkan notis bagi mengarahkan nombor plat kenderaan ditukar mengikut spesifikasi.

Young Syefura Othman

“Jadi, jangan fitnah JPJ kata tiada ambil tindakan,” tegasnya menerusi aplikasi X.

Dalam masa sama, Young Syefura yang mesra disapa Rara itu mengakui kesalahan tersebut pernah dilakukannya sebelum ini.

“Ya, betul ada kesalahan yang dibuat tapi saya telah menukar nombor plat tersebut,” ujarnya.

Menerusi hantaran sama, Young Syefura turut berkongsikan plat nombor kenderaannya yang telah ditukar mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPJ.

Sebelum ini, pembangkang heboh membangkitkan isu nombor plat kenderaan milik Young Syefura yang dikatakan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

BACA JUGA Dahsyat! Pengantin ini terima mas kahwin rumah berharga 1 bilion