Isu menteri jadikan menteri isteri ke 4: Bekas kadi dakwa bantu pemimpin Pas tambah isteri

Kenyataan yang dibuat oleh seorang bekas Kadi di Kelantan bahawa dia telah dua kali membantu seorang pemimpin kanan Pas menambahkan isteri telah menambahkan keyakinan orang ramai bahawa isteri beliau yang ke empat adalah juga seorang menteri.

“Hahahaha tak gempar pun kalau pun betul, kecuali jadi isteri no 5 sebab dah melanggar had yang syarak benarkan.

“p/s ambo secara peribadi dah 2x bantu sahabat ambo ni tambah isteri…. maaf deh ngosek sikit,” tulis Che Ibrahim Mohamed, bekas Kadi Daerah Kota Bharu, Kelantan menerusi Facebook beliau.

Che Ibrahim mengulas perkara ini ketika membuat ulasan terhadap satu berita gempar di media sosial sekarang.

Sekarang ini kecoh di media sosial kononnya pemimpi Pas yang juga seorang menteri itu menjadikan seorang pemimpin Bersatu dan juga seorang menteri sebagai isteri ke empat beliau.

Namun sehingga kini tidak ada sebarang pengesahan atau penafian dari kedua-dua mereka.