Desas desus mengatakan bahawa PRN Selangor bagi kerusi Gombak antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM atau Bersatu) masih tidak lagi selesai dan mungkin wujud pertelingkahan kedua-dua parti tersebut.
Pas akan bertanding kerusi paling banyak dalam PRN yang akan datang jadi tidak hairanlah Pas berebut kerusi dengan Bersatu di Gombak.
Satu posting daripada Jamzuri Ardani yang dikongsi beliau mengatakan wujud pertelingkahan dalam menentukan siapa yang akan bertanding di kerusi Gombak
“Dengarnya Pas Gombak tak puas hati dengan Bersatu isu pembahagian kerusi,”soal beliau.
Kepada Pas Gombak pula jangan cuba hendak menafikannya sebaliknya dia tahu.
“Jangan nak nafi … saya tau,” kata beliau.
Pas akan bertanding 126 kerusi manakala Bersatu 83 kerusi dan Gerakan sebanyak 36 kerusi.
Namun begitu, Bersatu sehingga hari ini tidak berani untuk menamakan calon menteri besar mereka untuk negeri Selangor kerana bimbang akan mengguris hati Pas.
Namun Pas pula sudah memiliki calon-calon MB mereka untuk negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan. Untuk negeri lain yang masih belum ada calon MB juga sedang kini dipertimbangkan oleh Pas.
Bersatu pula terpaksa akur dengan kehendak Pas kerana mereka sedar mereka tidak mempunyai jentera pilihanraya.
Natijahnya, untuk pembahagian kerusi kali ini jelas menunjukkan Pas sememangnya menekan Bersatu.
Baca juga: Main isu perkauman, Hadi Awang disiasat Polis