Jaafar Onn meninggal dunia

Dunia hiburan dikejutkan dengan pemergian penghibur lagenda iaitu Jaafar Onn pada pagi rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Serdang pada usia 73 tahun.

Berita pemergian aktor itu turut diakui oleh sahabat baik beliau iaitu Haiza Hanafi yang mendapat perkhabaran itu daripada anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.

“Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia.

“Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang.

“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana,” katanya ketika dihubungi.

Baca juga: Kerja syif malam tapi nak cari Lailatulqadar? Ikut nasihat ini, moga amalan diterima oleh Allah