Siapa tak teruja melihat nilai duit yang sangat besar dalam akaun sendiri. Lebih-lebih lagi bila duit itu entah datang daripada mana. Itulah yang dihadapi oleh sepasang suami isteri di Amerika Syarikat apabila tiba-tiba mempunyai RM208 billion di dalam akaun bank.
James terkejut kerana tidak pernah meIihat jumlah wang sebanyak itu dalam akaun bank miliknya. Menurut United Press International, wang berjumIah AS$50 bilion (RM208 bilion) secara tidak sengaja dimasukkan ke dalam akaun bank milik mereka.
Darren James yang diberitahu isterinya mengenai perkara itu, terkejut melihat jumIah wang yang tertera dalam akaun bank milik mereka.
“Ia amat mengejutkan kerana saya tidak pernah melihat jumlah wang sebanyak itu sepanjang hidup saya.
“Sebaik melihatnya, saya tidak terfikir untuk menyimpannya. Namun, perkara yang menjadi tanda tanya adaIah dari mana wang itu datang dan kami tidak mengenali sesiapa pun yang mempunyai wang sebanyak itu,” kata James.
James yang keliru punca datangnya duit itu terus bertindak menghubungi pihak bank mengenai duit tersebut. Pihak bank memberitahu terdapat kesilapan teknikal dan akan mengambil sedikit masa.
James dan isterinya sempat merakam gambar paparan skrin akaun banknya sebelum kesilapan itu diperbetulkan oIeh pihak bank sebagai tanda kenangan. Menurut majalah Newsweek, pemegang akaun bank yang menerima wang yang tersilap didepositkan ke dalam akaun mereka adalah diIarang membelanjakan wang tersebut.
Dalam kes seperti itu, kebiasaannya pihak bank dapat mengenal pasti kesilapan yang berlaku dan memperbetulkan transaksi. Individu yang didapati membelanjakan wang tersebut berdepan dengan pertuduhan jenayah kerana mencuri harta benda yang hiIang secara tidak sengaja.
Baca juga: https://themalaysialife.com/ini-rupanya-pakar-maritim-yang-takiyuddin-sebut-dalam-parlimen-netizen/