Jackpot! Syarikat tawar RM359,818 untuk pekerja jika boleh beri lebih banyak anak

Agensi berita UPI melaporkan bahawa sebuah syarikat pembinaan di Korea Selatan telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan bonus sebanyak 100 juta won (RM359,818) kepada pekerja mereka setiap kali melahirkan bayi.

Penawaran bonus tersebut bertujuan untuk membantu negara tersebut meningkatkan kadar kesuburannya yang amat rendah.

Kumpulan Booyoung yang beribu pejabat di Seoul telah mengadakan majlis secara besar-besaran semalam untuk menyerahkan insentif kepada pekerja mereka yang melahirkan sejak 2021 sebanyak 7 bilion won (RM3.59 juta).

“Jika kadar kesuburan yang rendah berterusan, negara kita boleh menghadapi krisis bilangan penduduk dalam tempoh 20 tahun.

“Kadar kelahiran yang rendah dipercayai berpunca daripada beban kewangan berhubung membesarkan anak serta kesukaran untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja dengan keluarga. 

“Itulah sebab mengapa kami memutuskan untuk memperkenalkan faedah istimewa ini,” kata Pengerusi Booyoung, Lee Joong-keun dalam majlis tersebut.

Baca juga: Kecoh dakwaan Stadium Shah Alam dirobohkan guna peledak bom, ini rupanya penjelasannya