Jackpot! Warga emas menang RM24 Juta loteri, serah kepada anak duit…

Bagai bulan jatuh ke riba, seorang pengamal perubatan dari Pahang memenangi loteri bernilai RM23.3 juta dengan membeli Sistem 7 tiket.

Lelaki yang berusia 77 tahun itu memaklumkan STM Lottery Sdn Bhd bahawa dia hanya mempunya enam set nombor 4D.

Nombor tersebut diambil bersempena nombor plat kereta isterinya dan kad selebihnya adalah lebih rawak namun hampir sama dengan plat kenderaan mereka.

“Saya memilih pasangan nombor kemenangan yang kelihatan seperti satu sama lain dan kedengaran bertuah — ‘9938 dan 8388’,” katanya mengenai tiket yang dibelinya pada 24 Julai lalu.

Menurut New Straits Times, lelaki itu bagaimanapun tidak mengekalkan kemenangannya, sebaliknya lebih suka menghadiahkannya kepada anak-anaknya.

“Saya sudah tua dan tidak memerlukan wang terlalu banyak, jadi saya akan berikan wang itu kepada anak-anak saya.

“Ini supaya mereka boleh menggunakannya dengan bijak untuk mengembangkan perniagaan dan hidup selesa,” katanya.

Pada masa sama lelaki tersebut memaklumkan dia seronok dengan proses pertaruhan dan kemenangan itu dianggap sebagai satu bonus.

Lelaki tersebut berjaua membawa pulang RM23,348,049.75 dan RM1,680 sebagi bonus daripada System Play.

Baca juga: Netizen terkejut banglo mewah disangka rumah orang, rupanya rumah kambing