Jalan KL berlubang? Call saya sahaja di 019545111 – Shahidan

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim hari ini berkongsi nombor telefonnya yang sebenar untuk penduduk Kuala Lumpur supaya dapat memberi amaran kepadanya mengenai jalan berlubang.

Shahidan juga berkongsi nombor telefon Timbalannya Jalaluddin Alias, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Mahadi Che Ngah.

Nombor telefon yang telah disahkan oleh Malaysiakini itu adalah seperti berikut:

Shahidan: 0194545111
Jalaluddin: 0196524444
Mahadi: 0162068883

Shahidan menyebut nombor telefon berkenaan di Dewan Rakyat hari ini ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 bagi kementeriannya.

Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah bersetuju untuk bertindak atas sebarang aduan kerosakan jalan raya di ibu negara dalam masa 24 jam.

“Kami bersiap siaga. Rakyat Malaysia boleh hubungi. Yang baru datang Kuala Lumpur, jumpa datang berlopak boleh hubungi kami dan kami akan ambil tindakan dalam 24 jam,” katanya.

sumber : https://www.malaysiakini.com/news/594452