Pelakon Nur Fazura sememangnya sangat diminati dan disanjungi ramai peminat berikutan dirinya yang rendah diri dan mudah didekati ramai.
Dek kerana isu penceraiannya bersama suami, Fattah Amin turut melonjakkan namanya di laman sosial X, Tiktok dan juga Facebook.
Namun baru-baru ini, tular kembali kisah jam tangan Fazura yang dikatakan berharga lebih dari RM4 juta.
Jam tangan berjenama Patek Phillipe dipakai ketika sambutan hari kelahiran suaminya beberapa tahun lepas.
Namun, warganet memuji kerendahan hati pelakon Pisau Cukur itu yang tidak gemar menayangkan kemewahan meskipun dirinya bergelar usahawan serta pelakon yang berjaya.
“Fazura salah seorang artis yang kaya tapi dia tak menunjuk-nunjuk. Sangat rendah diri dan bersederhana.
“TikTok ni kan baru lagi, jadi tak ramai yang tahu Faz ini memang dari keluarga yang berada sejak dari dulu. Cuma akhir-akhir ini saja orang banyak reveal harta dia.
Baca juga: Tular video lama Fazura beri amaran kepada netizen, “Penyondol jangan cuba-cuba ya”