Jamal gembira dapat luangkan masa bersama anak. Jamal yang sebelum ini mengaku sukar untuk bertemu anaknya kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan mereka.
Menurut Harian Metro, Datuk Jamal Abdillah, 63, meluahkan rasa bahagia dapat berjumpa dengan anak keduanya, Zaki Yamani menerusi satu gambar yang dikirim.
Beli baju untuk persembahan
“Ialah masing-masing sibuk. Dia sibuk, saya pun sibuk. Dia baru 16 tahun dan masih sekolah lagi. Saya berkesempatan beli baju untuk dia sebelum ini.
“Saya simpan dah lama untuk dia. Kalau dia nak pakai untuk pertandingan seperti satu program realiti pun tak apa janji dia gembira. Harapan saya agar dia pun gembira dapat jumpa saya dan dia tahu saya sayangkan dia.
“Mungkin dah takdir kami begini. Tak semestinya saya tak sayang anak saya. Harapan saya tinggi untuk dia belajar lebih baik,” katanya yang tidak menyebut lokasi pertemuan mereka.
Bangga dapat anak seperti Zaki
Jamal berkata, Zaki adalah seorang pelajar yang bagus dan sering mendapat nombor satu dalam peperiksaan.
“Cuma saya risau jugalah kerana bimbang dia memberontak dalaman kita tak tahu. Tapi harap dia faham bahawa kasih sayang ayah walau bumi terbelah dua, langit runtuh sekalipun, yang akan ada di belakang esok itulah ayahnya. Sayalah yang akan ada.
“Percayalah… jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. Harapan saya dia dapat terima takdir bahawa kehidupan kami begini.
“Bukan saya nak mengelak untuk bertanggungjawab ke atasnya membela dia. Saya tidak mahu dia jadi mangsa apa-apa juga pergolakan. Saya akan menyokong apa juga yang dilakukan. Yang paling penting dia tahu yang saya sangat sayangkan dia,” katanya.
Baca Juga: Azri Iskandar tepis dakwaan lamar wanita dua hari selepas bercerai
Baca Juga: Tidak perlu panjang berjela, nama mereka ini senang cikgu, kawan nak panggil