Janda baru sahaja bercerai derita sakit faraj rupa-rupanya wanita ini mengaku telah masukkan alu lesung batu

Janda baru sahaja bercerai menderita sakit faraj selepas satu objek keras tersangkut di dalamnya menyababkan beliay terpaksa mengaku telah masukkan alu lesung batu.

Seorang wanita berusia 41 tahun dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya apatah lagi kejadian tersebut menjadi tular di media sosial selepas objek keras tersangkut itu didakwa sebagai pemegang lesung batu.

Anak lesung batu itu dikatakan telah tersekat dan tidak dapat ditanggalkan.

Menurut Disway, satu-satunya cara untuk mengeluarkannya adalah dengan melalui proses pembedahan. Kejadian malang itu telah dikongsikan oleh seorang doktor di akaun TikTok @ikkay_dr yang dipetik pada Ahad, 13 Ogos lalu.

Doktor tersebut memberitahu bahawa ada seorang wanita telah datang ke bilik kecemasan obstetrik di tempat dia bekerja secara sendirian.

Tambahnya, wanita itu mengadu sakit serta mengalami pendarahan di bahagian kemaluannya. Selepas rawatan awal dijalankan, tanda-tanda vital seperti tekanan darah, suhu dan lain-lain adalah normal, cuma nadinya agak laju.

Selain itu, doktor tersebut turut menjalankan sesi soal jawab bersama mangsa mengenai sakit yang dialaminya itu dan mengakui dia baru sahaja bergelar janda dan baru bercerai.

Proses rawatan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan dalaman iaitu alat sentuh faraj VT dan mendapati terdapat satu objek keras dengan permukaan tidak rata di kemaluannya.

Pesakit akhirnya mengaku bahawa telah memasukkan objek ke dalam kemaluannya dan masih tersekat di dalamnya.

“Selepas berunding dengan pakar obstetri dan ginekologi, pemindahan manual telah dilakukan, tetapi tidak berjaya,” jelasnya.

Seterusnya, pembedahan untuk mengeluarkan anak lesung itu segera dilakukan,” tambah doktor menerusi perkongsian tersebut.

Baca juga: Menangis teresak-esak, anak-anak seronok nak naik cruise-Ibu bapa malang lupa nak renew pasport