Kereta jenama Tesla mula ditempah oleh orang ramai bagaimanapun pemilik Tesla mendedakan 18 amaran kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk membelinya.
Kereta sudah menjadi keperluan, nak tak nak wajib kena ada kereta boleh lindungi kita semasa hujan apatah lagi mereka yang mempunyai keluarga.
Namun nampaknya anda yang berminat untuk membeli model pertama Tesla yang akan dilancarkan di sini iaitu Model Y sudahpun boleh membuat tempahan dan harganya juga telah didedahkan di konfigurator Tesla untuk pasaran Malaysia.
Tahukah anda kereta Tesla walaupun nampak habat di jalan raya tetapi ada kelemahannya tersendiri. Beberapa kelemahan telah dikenalpasti oleh Izzuddin Yusuff di mana sebanyak 18 amaran beliau kepada sesiapa yang ingin memiliki Tesla.
Tesla bukan untuk korang kalau…?
Kalau korang ada 18 ciri ni.
Hari tu panjang lebar dah aku tulis pengalaman review sebagai user Tesla kat Malaysia ni. Tesla tengah hype, dan pada masa sama hater Tesla pun semakin ramai. Which…. Well, tak kisah pun. Aku personally tak nak pun ada banyak Tesla kat atas jalan haha. Semakin banyak Tesla kat atas jalan semakin disadvantage kepada existing user sebenarnya.
Jadi kat sini nak share sebab-sebab kenapa korang jangan beli Tesla kalau korang ada ciri-ciri ni
1) Korang perlukan camera 360°
Yup. Surprise~. Tesla tak ada camera 360°. Sampai ada 8 biji kamera kat luar badan Tesla tu, dia boleh pulak masih tak ada camera 360° sampai sekarang.
Jadi untuk pengguna tegar camera 360° macam aku ni terutamanya waktu parking, terpaksa la tengok balik cermin. Selamat la kalau untuk parking tu bahagian depan dengan belakang dia ada la sensor yang bagitau berapa cm lagi nak kena dinding. Tapi itupun dia tak cover kalau penghadang tepi jalan yang rendah tu.
So…. Yup. Tak best.
2) Korang nak ada sensor tepi masa reverse
Ni aku tak pasti la kereta lain ada ke tidak. Tapi Mazda 6 aku dulu, kalau reverse, dan ada sesuatu tengah menuju ke arah kita reverse tu, contoh ada kereta datang daripada kawasan tepi / blindspot ke, dia akan bagi warning
Tesla takde. Sedangkan tu sistem yang aku jadi reliant kat dia masa guna Mazda 6 dulu. Jadi sekarang bila takde ni terpaksa slow sikit masa reverse.
Tak best. Isk3.
3) Korang suka drive kereta rapat-rapat dan brake last minute
Aku first merasa sistem forward collision break ni dengan MyVi. It was fine, memang last minute sungguh baru dia break. Lepas tu bila dengan Mazda, dia ada forward collision emergency brake, tapi sebelum break tu, dia keluarkan warning dekat head-up display dulu.
Dah lassssttt minute betul, baru diorang akan mula break mendadak.
Tapi Tesla lain. Dia takde warning apa, dia terus activate emergency brake tu. Dan dia punya brake bukan sikit-sikit kau. Memang brake habis-habisan, dan masih tinggalkan dalam…. 50-100cm dengan kereta depan? Besar ruang tu. Kalau korang memang jenis suka bawak cucuk kereta depan, kereta depan break mendadak sikit je, confirm Tesla korang akan activate extreme emergency break dia tu
Extreme. Sebab memang akan terus berhenti dengan sangat cepat. Sedangkan kereta belakang confirm tak mampu brake secepat tu. Jadi ada risiko eksiden kat situ
Ended up aku macam ada anxiety dengan Tesla punya emergency brake ni. Dan last-last aku shut off terus forward collision break dia.
4) Korang suka dapat info depan mata masa driving.
Tesla takde head up display. Tapi jangan kata head up display, odometer depan stering tu pun takde.
Kalau dengan Mazda aku tau berapa speed aku bawak tanpa perlu alihkan mata daripada jalan. Sebab ada head up display. Kalau kereta lain, at least rendahkan sikit je mata tu, untuk tengok dekat odometer.
Tesla? Takde. Kena pandang ke tepi. Tengok dekat screen dia. Haa baru nampak speed berapa.
Tak best di situ. Kenapa la dia takde head up display isk2.
5) Korang suka letak car perfume
Mungkin unexpected, tapi disebabkan design interior Tesla ni yang unik, sesungguhnya Tesla tak ada cara untuk letak mana-mana standard car perfume di pasaran
Sebab aircond dia takde tempat boleh sangkut apa-apa
Solution aku? Aku gantung stuffed toy kat cermin tengah, dan aku drop perfume kat stuffed toy tu haha.
6) Wife korang suka main bukak tutup glovebox
Glovebox ni yang depan seat penumpang depan tu. Yang biasa orang letak dokumen, tisu ke, etc dalam tu.
Glovebox Tesla nak bukak kena guna touch screen. Macam…. Mengada sikit kat situ. Dan dari segi user experience, kurang best.
Apatah lagi kalau wife korang suka main tutup bukak tutup bukak glovebox tu. Takleh dah nak buat.
7) Korang suka guna Android Auto / Apple Carplay
Tesla takde. Simple. Dan rasanya memang takkan ada. Kenapa?
Tak tau. Tanya Elon Musk.
8) Korang suka guna Waze
Takde Android Auto, pastu Navigation Tesla di belakangnya adalah Google Map.
Jadi kalau korang suka guna Waze dekat Android Auto, sekarang dah tak boleh. Guna la Google Map tu. You’re stuck. Kecuali korang guna phone la kan
9) Susah nak cari phone holder yang sesuai
Kereta biasa, phone boleh letak kat aircond atau atas dashboard. Kat Tesla dah tak boleh.
Lama weyh aku cari solution untuk phone holder ni. Ada yang gam kuat, tapi kepala lembik. Ada pulak yang magnet lemah sangat. Nak letak yang jenis cengkam, nampak bulky tak sesuai untuk Tesla yang konsep minimalist.
Ended up aku jumpa solution secara tak sengaja, dengan gabungkan dua holder yang aku beli.
Selesai. Aku lekatkan dekat belakang screen bahagian bawah. So tak kacau sangat dengan konsep Tesla dan nak charge pun wayar tak nampak meleret sangat
10) Korang ada persepsi yang bumbung kaca akan panas
Emmm seriously sebenarnya tak rasa sebarang beza pun dengan kereta bumbung penuh sebab memang kaca tu dibuat untuk halang sebahagian besar infrared dah
Tapi kalau korang jenis paranoid dan memang ada psikologi yang Malaysia ni panas, jadi bumbung kaca adalah mengarut…. Then jangan beli Tesla
11) Korang bukan duduk rumah landed
Ada owner Tesla yang duduk apartment / condo, dan tak berjaya dapatkan permission management untuk install EV charger.
Emmmm tak perlulah. Beli EV kalau takde home charger ni mengarut. Kalau dapat pun dekat apartment / condo, takut rate elektrik yang dapat tu bukan rate rumah biasa, tapi rate mahal. Tak jimat mana pun guna EV
12) Korang suka isi minyak dan tak suka idea kena plan driving / tunggu lama untuk charge
Yea…. Bila long distance driving, isi minyak jauh lebih memudahkan hidup
Long distance driving dengan EV ni kena plan serba serbi. Nak charge kat mana. Dah sampai destinasi kena simpan berapa % battery sebelum bertolak balik. Nak kena charge ke kat kampung guna wayar charger biasa. Etc3
Haa. Jangan. Baik jangan beli EV. Teruskan guna ICE
13) Korang bukannya jenis tech savvy
Aku tak pernah berminat dengan mana-mana kereta secara total. Sebab bagi aku kereta ni sama je. Beza sikit pada speed, handling, etc. Tapi at the end, asalkan dia boleh bawak 180-200 km/j tanpa gegar tu… Aku okay dah la.
Tapi Tesla ni bagi aku ianya adalah gadget. Gadget dalam bentuk kereta. Jadi aku minat Tesla ni sebab aku memang jenis kaki gadget. Segala jenis gadget la aku ada. Jadi best Tesla ni pada teknologi dia.
Jadi kalau korang bukannya jenis tech savvy dan suka explore teknologi baru, tak perlu lah kot beli Tesla ni. Sebab dia memang lain daripada kereta normal.
14) Korang tak rasa EV ni bagus pun untuk alam sekitar
Satu benda kena tau, rasanya tak wujud la mana-mana pembeli Tesla yang memang beli Tesla dengan niat untuk jaga alam sekitar 😆
Tapi kalau korang memang kisah berkaitan alam sekitar, dan korang ragu-ragu betul ke EV ni bagus untuk alam sekitar berbanding petrol….
Takyah la beli Tesla
15) Korang tak suka konsep minimalist sangat yang kawal semua benda dengan touch screen
Tesla memang push konsep minimalist habis-habisan. Dia jadikan hampir semua benda kawal dekat touch screen
Adjust aircond? Touchscreen. Adjust lampu? Touchscreen. Nak unlock kereta? Touchscreen. Nak bukak bonet? Touchscreen. Nak adjust speed wiper? Touchscreen
Ada masa memang rasa inconvenient gak la. Dia punya pursue kepada minimalist tu menjadikan ada benda yang tak best.
16) Korang benci Elon Musk
Ni kalau korang memang super benci dia sampai rasa dia ni annoying dan poyo gila.
Haa takyah. Ada je EV lain untuk dibeli. Tapi EV lain top speed tak sampai top speed Tesla la
17) Korang tak mampu
Pun jangan. Tak yah la nak struggle beli. Boleh je teruskan hidup tanpa Tesla pun
18) Korang niat nak flex
Pun takyah. Tesla ni bukan luxury car dah. Harga lagi murah daripada Toyota Camry pun. Sekarang ni ye la balik kampung orang siap ambik gambar. Lagi setahun bersepah Tesla atas jalan orang tak kisah dah.
Haa itulah. Sekian.
Jadi sebab kenapa jangan beli Tesla
Jadi tak perlulah beli Tesla. Beli EV pun tak perlu. Beli lah kereta ICE yang standard.
Kredit: Fb Izzuddin Yusuff