Jangan buang kulit udang, doktor wanita ini dedah khasiatnya yang perlu anda tahu..

Seperti yang kita sedia maklum, udang ialah haiwan yang menetap di dalam persekitaran laut. Walaupun demikian, terdapat juga udang yang hidup di air tawar seperti sungai dan kolam.

Udang merupakan hidangan kegemaran banyak orang, tidak kira umur. Kekenyalan dagingnya pasti dapat memuaskan selera.

Apabila diperhatikan di kebanyakan kedai, kita pasti dapat menemui hidangan atau masakan yang menggunakan udang.

Sama ada dalam pelbagai bentuk, seperti udang goreng tepung, masak lemak cili api, sambal, mi kari, dan pelbagai lagi, rasanya tetap menjadi pilihan utama banyak orang.

Selain itu, udang yang baru dikeluarkan dari laut dan masih segar pasti akan menambahkan keunikan kepada rasa masakan.

Tidak hanya dagingnya yang enak, malah air rebusan udang juga boleh digunakan untuk meningkatkan cita rasa dalam pelbagai hidangan.

Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah orang yang memilih untuk membuang kulit udang ke dalam tong sampah.

Tahukah anda, sebenarnya terdapat rahsia di sebalik kulit udang yang sering dianggap sebagai ‘sampah’. Untuk mengetahui lebih lanjut, marilah kita ikuti perkongsian maklumat menarik dari pengamal perubatan, Mazliana Mazlan, di laman Facebook miliknya.

Kulit udang jangan buang tau

Tinggi betul dengan kalsium, bagus untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak-anak.Kalau udang kecil, ajak je anak makan sekali dengan kulit.

Kalau udang besar dan anak tak boleh makan, kopek siap-siap dan reneh sup kulit udang untuk anak. Simpan dan guna bila perlu.Masuk sup kulit udang dalam sayur pun sedap sangat kan.

Kita yang dewasa, kalau boleh makan udang sekali dengan kulitnya, itu pun boleh top up kalsium dalam badan kita.

Kan makin berusia, makin rapuh tulang kita. Khasiat lain dari kulit udang, selain kalsium adalah Fosforus, Iron, Magnesium, Zink, Sodium, Potasium dan Selenium.Banyak kan mineral yang ada.

Makanan yang kita selalu buang, yang tak nampak macam ada nilai pun, tapi sebenarnya banyak betul khasiat yang ada kan.

Inilah namanya real food. Betul-betul kita boleh panggil sebagai makanan dan ianya beri nutrisi pada tubuh badan anak.

Korang cuba cari udang laut k, insyaAllah pilihan lebih baik dari udang bela.

Kita cuba sama-sama tau, perbanyakkan real food tinggi nutrisi buat anak-anak.

Dan elakkan ultra processed food yang mungkin boleh bawa keburukan pada anak-anak jika diambil dengan kadar yang kerap.

Baca juga: Kereta hilang kawalan ketika hujan lebat, Iman Troye luah syukur masih ‘bernyawa’