Jangan buat gurau! Masih ramai taktahu ini rupanya hukuman dikenakan jika hina institusi Diraja

Baru-baru ini, bekas perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dikatakan telah menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, baru-bari ini.

Beliau dilihat menyatakan fakta bahawa dirinya tidak dipanggil untuk menghadap YDPA meskipun telah memiliki sokongan yang mencukupi untuk menjadi perdana menteri.

Namun, pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui akan hukuman yang dikenakan pada rakyat yang menghina institusi diraja ini.

Mari kita lihat hukumannya:

1. Seksyen 3 Akta Hasutan

Dengan jelas perkataan ‘Menghasut’ itu bermaksud mendatangkan kebencian, penghinaan dan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

Jika disabit bersalah, bagi kesalahan kali pertama didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan yang berikutnya, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

2. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia – semua rakyat termasuk institusi Diraja

Kesalahan bagi apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain di ruang siber.

Jika disabit bersalah, seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Baca juga: Poster kemerdekaan julang pejuang komunis undang berang netizen, tak sangka rupanya direka oleh guru ini