“Jangan buat spekulasi lagi, tindakan Menteri Dalam Negeri bukannya salah” – Dr Zulkifli Al Bakri

Tular baru-baru ini menerusi WhatsApp dan juga TikTok mendatangkan persoalan netizen, video tersebut memaparkan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution dilihat mendaftarkan perkahwinan pasangan bukan Islam.

Video tersebut mengundang banyak persoalan namun bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menjelaskan secara ringkas berkenaan video yang tular itu.

Katanya video yang tular itu adalah prosedur biasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi perkahwinan bukan muslim dan tidak melibatkan apa-apa upacara kegamaan.

Malah JPN turut menegaskan ianya bukanlah sesuatu yang salah.

JPN dalam sebuah kenyataan berkata, proses pendaftaran Perkahwinan Sivil terbabit tidak melibatkan, tidak menyerupai, tidak melambangkan dan tidak dipengaruhi dengan mana-mana ritual keagamaan atau adat sesuatu kaum.

“Lafaz ikrar yang dituturkan oleh pendaftar adalah perkataan yang terkandung dalam Seksyen 23, Akta 164 yang berbentuk keterangan sifat perkahwinan sivil semata-mata.

Ianya juga persetujuan dan kesanggupan pasangan menerima perkahwinan tersebut dengan rela hati tanpa paksaan dari mana-mana pihak.

Malah sesi pendaftaran Perkahwinan Sivil dengan YB (Yang Berhormat) Menteri (Saifuddin Nasution) ini diadakan sebagai acara istimewa untuk pasangan terpilih ketika sambutan Hari Pendaftaran Negara setiap tahun,” katanya.

@maf14.pas

Pudin pokka sekian lama menghilang rupanya dah bergelar tok nikah kawin 😂

♬ original sound – POBODY.NERFECT – POBODY.NERFECT

Dalam program tersebut, pasangan itu dipilih oleh JPN untuk didaftarkan oleh YB Menteri selaras dengan pelaksanaan pendaftaran perkahwinan sivil serta merekodkan maklumat perkahwinan dan perceraian bagi bukan Islam selaras dengan Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164].

Menurut akta tersebut, difahamkan Menteri Dalam Negeri adalah menteri yang bertanggungjawab bagi pendaftaran perkahwinan sivil yang mana ia membolehkan beliau melakukan pendaftaran perkahwinan pasangan bukan Islam.

Dalam pada itu, JPN turut menjelaskan selain Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Pengarah Pendaftaran Negeri serta pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan turut diberikan kuasa terbabit.

JPN turut meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi bagi memastikan ketenteraman awam negara terus terpelihara.

Baca juga: Neelofa dah buka niqab? Terkejut netizen tengok Neelofa kongsi gambar ini…