Bekas perdana menteri, Tun Mahathir hari ini meluahkan rasa geramnya kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di laman X hari ini. Berikut merupakan tulisannya:-
𝗖𝗔𝗞𝗔𝗣 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗥𝗨𝗣𝗔 𝗕𝗜𝗞𝗜𝗡
1. Saya tidak curi duit, tetapi ada orang yang tuduh saya curi berbillion ringgit duit Kerajaan.
2. Yang menuduh sehingga sekarang tidak dapat bukti saya curi duit.
3. Saya bagi masa untuk tunjuk bukti
4. Diminta dua minggu untuk tunjuk bukti
5. Sekarang lebih satu tahun, tidak tunjuk bukti.
6. Tuduhan ini adalah fitnah.
7. Kenapa fitnah saya?
8. Kerana benci saya…Wah sekarang jangan tunjuk benci, kata sipolan.
9. Tetapi kaki benci ialah orang yang suruh kita jangan cakap benci.
10. Cakap tidak serupa bikin.
11. Tidak dapat tanduk telinga dipulas.
12. Tidak dapat saya, kacau anak saya.
13. Jangan cakap seperti Nabi, buat seperti setan.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD 23 September 2024
baca: Wanita 8 anak saman suami sendiri, dedah mahu nafkah RM133.07 juta sebulan