Jangan guna sabun dekat ‘Miss V’, tak bagus untuk kesihatan faraj

  • Post author:

Jangan guna sabun dekat ‘Miss V’, tak bagus untuk kesihatan faraj. Kebanyakan wanita lebih gemar untuk membersihkan bahagian alat sulit mereka dengan menggunakan pencuci sabun ‘Miss V’.

Satu perkongsian video di TikTok oleh seorang doktor dikenali sebagai Amirah Azlan yang menegur tentang pengguna sabun ‘Miss V’ adalah sebenarnya tidak diperlukan dan tidak bagus untuk kesihatan faraj wanita.

Bau wangi atau bau herba, dua-dua tak boleh

Menerusi video tersebut, doktor itu menegur penjual sabun ‘Miss V’ yang mendakwa pencuci yang dijualnya tidak berbau wangi dan sebaliknya berbau herba.

“All feminine hygiene wash is a scam. Awak tak perlu beli, kalau awak beli jugak awak telah membazirkan duit awak untuk perkara yang tak perlu.”

Tegasnya, ‘Miss V’ memang sepatutnya berbau seperti ‘Miss V’ dan tidak boleh berbau seperti buah-buahan, wangi-wangian, mahupun herba.

Malah, keputihan merupakan suatu perkara normal selagi ianya tidak berbau hanyir seperti ‘ikan busuk’ ataupun berasa gatal di bahagian alat sulit wanita.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi pelbagai respon dan berkongsi pengalaman mereka menggunakan pencuci ‘Miss V’.

“Founder claim keputihan tu penyakit kronik sebab nak jual product dia promote sampai loya.

“Dulu pernah pakai, lepastu makin teruk keputihan. Lama-lama malas dah pakai. Terus okay dah keputihan,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.

Baca Juga: Guru mengaji hadapi 17 pertuduhan rogol dan amang seksual terhadap dua beradik 7 tahun lalu mengaku tidak bersalah

Baca Juga: Dah pilih kembung tapi keluarkan balik, harga ikan makin jadi mampu lihat