“Jangan jadi kambing hitam, Isma, Zain Strong”. Itulah jeritan dari keluarga ayah dan ibu kepada arwah Zayn Rayyan yang mati dibunuh.
Mereka semua hadir ke mahkamah di Petaling Jaya hari ini sambil memegang kain rentang bertulis ‘Keadilan untuk Zaim, Isma serta keadilan buat Zayn Rayyan’.
Terdahulu pasangan itu yang memakai baju lokap berwarna ungu, dibawa ke mahkamah pada jam 9.30 pagi, selepas tempoh reman tujuh hari bermula 1 Jun lalu, tamat pada Jumaat.
Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.
Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.