“Jangan layan kalau dapat mesej dari Muhyiddin”

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melayan mesej yang dipercayai berasal daripada akaun WhatsApp Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas jam 12 tengah hari tadi.

Pejabat bekas Perdana Menteri tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa akaun WhatsApp Mahiaddin telah digodam.

Kerana kejadian ini, laporan polis akan dibuat bagi menyiasat insiden tersebut. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menegaskan bahawa mereka yang menerima mesej selepas waktu yang dinyatakan hendaklah mengabaikan mesej tersebut.

Walaupun butiran mengenai jenis godaman yang berlaku tidak dinyatakan, langkah sedang diambil untuk mengaktifkan semula akaun WhatsApp beliau.