Jangan lupa buat perkara ini dahulu sebelum mandi sungai atau air terjun bersama keluarga

Aktiviti beriadah di kawasan air seperti sungai dan air terjun menjadi pilihan ramai keluarga ketika hujung minggu atau cuti sekolah. Hal ini kerana, kawasan ini memberikan ketenangan dan sedikit jauh dari hiruk pikuk bandar. Tapi, disebabkan banyak kes melibatkan kehilangan nyawa akibat kepala air, orang ramai kena peka dengan tips mandi sungai yang betul.

Fenomena kepala air sering berlaku bila aliran air sungai yang kuat akibat hujan lebat di kawasan anak sungai atau hulu sungai dan mengalir ke sungai utama. Fenomena ini berlaku ketika hujan lebat dan cuaca tidak menentu. 

1. Bila sampai sungai, kalau ada orang tempatan, orang yang meniaga di situ, atau pengunjung lain yang biasa di situ…tanyakan kalau-kalau sungai tu kerap berlaku kepala air. Biasanya mereka memang dah tahu keadaan sungai di situ jadi, mereka boleh bagi maklumat atau pun tips kat mana spot yang ada air bahaya.

2. Sebelum masuk sungai tengok kawasan tebing sungai terlebih dahulu. Perhatikan kesan-kesan air pasang setinggi mana. Boleh kenalpasti dari kesan-kesan sisa daun dan ranting yang tersangkut di tebing sungai. Boleh nampak seperti satu paras garisan di tebing sungai.

3. Sebelum masuk sungai, anggarkan kedalaman sungai tu, logiknya kalau spot yang gelap tu, agak dalam la. Kalau batu yang gelap, tanda dia berlumut dan licin. Pakai kasut untuk aktiviti air kalau boleh.

4. Bila dah masuk sungaI kenalpasti siap-siap mana jalan keluar paling dekat, paling cepat, paling selamat dan paling tinggi untuk anda selamatkan diri dan keluarga.

5. Semasa mandi, pastikan anda menghadap arah aliran air datang maksudnya pandang ke hulu la. Ini supaya nampak bahaya datang, sama ada kepala air atau haiwan dalam air atau kayu-kayu tajam.

6. Sebaik-baiknya juga sediakan wisel di leher. Sekurang-kurangnya kalau anda nampak bahaya boleh gunakan wisel itu untuk memberi amaran untuk orang lain.

7. Spot yang anda mandi tu, kalau boleh pastikan ada pandangan ke hadapan lebih kurang 50- 100m arah air datang. Jadi boleh nampak kalau kepala air datang dari jauh. Jangan mandi di selekoh.

8. Kalau ada anak-anak kecil pastikan mereka berdekatan dengan penjaga. Dikhuatiri mereka tak sempat menyelamatkan diri jika ada bahaya yang datang.

9. Kalau gelap di hulu sungai, air makin berkeladak, daun-daun dalam sungai makin banyak mengalir, berbuih sana sini ertinya air makin deras. Mungkin hujan di kawasan bukit hulu sungai. Sila gerak naik segera.

10. Kalau boleh sediakanlah tali, pelampung atau apa-apa yang boleh bantu untuk selamatkan keluarga atau orang lain.

11. Kalau nak pacak khemah ke, nak buka kerusi healing ke, terutamanya bermalam pastikan duduk di kawasan yang tinggi dari air sungai.

Baca juga: ‘Saya takkan ubah fikiran’- Si isteri nak bolot semua harta suami, tapi komplot pembunuhan suami pula dirakam oleh TV realiti…