Rata-rata antara kita pasti biasa melihat kehadiran kulat di bahagian dinding dan perabot kan? Kenapa kulat ini terjadi?
Sebenarnya kulat ini terhasil apabila cuaca lembap. kulat mudah membiak pada almari yang berkualiti rendah yang diperbuat dari habuk kayu. Hal ini kerana, almari jenis ini mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Namun, ramai yang tidak tahu sebenarnya kehadiran kulit ini membahayakan kesihatan. Dr Rizal Abu Bakar memberitahu keadaan ini akan menghasilkan gas toksid Mycotoxins.
Gas ini mudah diserap melalui kulit menyebabkan kegatalan, batuk, kabut otak, mood terganggu, lemah otot, keguguran rambut, insomnia dan lenguh sendi.
Gejala-gejala ini mungkin dialami oleh penghuni di dalam rumah. Untuk menghilangkannya, dia berkongsi hanya dengan menggunakan cuka sahaja. Cukup mudah.
Semburkan cuka pada permukaan yang terdedah dengan kulat dan biarkan. Selepas sejam boleh lap seperti biasa.
Baca juga: Lebih minat nak jadi mufti, ramai terkejut bila tahu cita-cita sebenar Dr Noor Hisham