Selama 26 tahun menggunakan nama keluarga yang diberikan, seorang wanita di United Kingdom terpaksa menukar nama itu kerana terganggu dengan kemas kini terbaharu sistem operasi Apple iOS.
Sistem itu, yang menggunakan pembantu digital dikenali sebagai Siri sejak 2010 dan diperbaharui seiring dengan perkembangan teknologi, kurang disenangi oleh wanita ini yang memiliki nama Siri Price.
Dia yang menetap di Edinburgh, memberitahu The Sun bahawa dia terpaksa menukar nama tersebut bagi mengelak iPhone daripada ‘ping’ setiap kali orang memanggil namanya.
Sebelum ini, pengguna produk Apple terutama iPhone perlu menyebut ‘Hey Siri’ untuk mengaktifkan bantuan digital.
Bagaimanapun, tetapan terkini yang memerlukan panggilan ‘Siri’ sahaja untuk mengaktifkan peranti tersebut telah menjadikan kehidupan wanita ini yang bekerja sebagai jurulatih kecergasan, lebih rumit.
“Sebelum ini hanya apabila rakan memanggil saya ‘Hey Siri’ barulah iPhone ping. Ia menjengkelkan tetapi boleh dikawal.
“Sekarang orang tidak boleh pun menyebut nama saya (Siri). Saya betul-betul marah,” katanya yang dipanggil Siz oleh rakannya.