Jangan risau jika sekiranya anda terlupa bawa kad Touch ‘n Go, sekarang anda dibenarkan membayar tol dengan menggunakan kad bank
Pengguna di sejumlah 12 lebuh raya terpilih di negara ini boleh membayar tol dengan kad bank sekiranya melintasi laluan yang ada tertera logo MyDebit dan Visa.
Inisiatif itu juga bakal menyaksikan pemegang kad debit atau kredit dapat melaksanakan pembayaran jika tiada membawa bersama mereka kad Touch ‘n Go, Smart Tag dan RFID.
Ia juga boleh digunakan pengguna kad prabayar yang ada dua logo ini.
Buat permulaan, langkah ini hanya terpakai kepada kenderaan kelas satu iaitu kereta persendirian.
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika melancarkan secara rasmi logo Sistem Pembayaran terbuka (SPT) itu di Plaza Tol Putrajaya.
Kaedah itu telah pun disediakan di kesemua 25 lorong Touch ‘n Go di plaza tol lebuhraya MEX, Salak Selatan dan Seri Kembangan.
Kerajaan berharap, 12 syarikat pemegang konsesi yang terlibat dengan projek perintis itu dapat melaksanakan SPT mulai bulan depan kerana ia terbukti memudahkan pengguna jika terlupa untuk tambah nilai baki selain isu keciciran kad Touch ‘n Go atau RFID.
Setakat ini, beliau berpuas hati dengan proses pengujian SPT di seluruh negara yang turut melibatkan kerjasama pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bermula bulan lepas.
Sistem kutipan tol berkenaan ujarnya, bukan perkara baharu malah telah dilaksanakan dengan baik di kebanyakan negara Asia lain seperti di Indonesia, Thailand dan Filipina.
Baca juga: Biarpun dulu sahabat kini bergelar ibu tiriku, dia tetap dipanggil dengan nama