Menteri Besar Kedah anggap ia tidak adil untuk menyalahkan pengusaha ladang durian Musang King di Gunung Inas susulan fenomena kepala air yang menjejaskan beberapa kawasan sekitar Kupang di Baling semalam.
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata aliran air hujan yang terkumpul di aluran Gunung Inas antara penyebab utama kejadian kepala air serta banjir lumpur di 12 kampung berhampiran.
Mahu dakwaan dibuktikan secara saintifik
“Belum dapat disahkan sama ada ia kerana ladang durian. Kita tak boleh lumur (tuduh) semua kat dia (pengusaha ladang), kesian kat dia juga.
“Saya bukan kesian apa, kita kena sahkan secara bukti saintifik dan nyata, kalau tidak ia tidak adil,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette.
Pernah keluar arahan tanam semula pokok di kawasan gondol
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi, beliau pernah mengeluarkan arahan pada 2020 supaya pengusaha ladang durian melakukan penanaman semula di kawasan yang telah digondolkan di Gunung Inas.
“Saya dapati mereka ada tanam pokok-pokok, tapi ia mungkin tidak mampu untuk menyerap aliran air hujan yang banyak,” katanya.
Menurutnya, fenomena kepala air kali ini, sama seperti yang berlaku di Gunung Jerai pada tahun lalu yang mengakibatkan daerah Yan terjejas teruk.
Kejadian kepala air di Baling mengakibatkan 627 mangsa daripada 12 kampung terjejas, selain tiga mangsa meninggal dunia akibat dihanyutkan arus.
Baca Juga: AMANAH Kedah desak projek musang king di Hutan Simpan Gunung Inas dihentikan serta merta
Baca Juga: JIJIK! Macam pertama kali lihat dada besar, lelaki kerumun pelayan wanita macam kerumun durian D24