Jangan tahu guna sahaja, ambil tahu maksud kod plastik yang selamat diguna semula

Perasan tak, bila kita minum air mineral atau guna bekas plastik, akan ada satu cop segitiga bernombor iaitu kod plastik di bahagian permukaan bawah atau labelnya. Anda semua pasti pernah melihat nombor kecil di bahagian bawah bekas makanan mahupun botol air minuman itu kan.

Nombor itu bukan diletakkan tanpa sebab yaa. Nombor itu sebagai panduan sama ada bekas makanan atau botol minuman tersebut selamat diguna semula ataupun tidak.

Berikut adalah ringkasan yang dikongsi Kelab Kaki Deko di Facebook, yang menerangkan jenis plastik boleh diguna untuk simpanan semula (Rujuk gambar di bawah):

No. 1 Bahaya. Jangan guna semula.
No. 2 Selamat. Boleh diguna semula.
No. 3 Sangat bahaya. Jangan guna semula.
No. 4 Selamat. Boleh diguna semula.
No. 5 Selamat. Boleh diguna semula.
No. 6 Bahaya. Jangan guna semula.
No. 7 Bahaya. Elak dari menggunakan melainkan anda pasti jenis plasik yang digunakan.

Seandainya anda mahu membeli botol minuman untuk kegunaan panjang, dinasihatkan untuk melihat dahulu nombor di bawah sebelum urusan pembelian.

Terutamanya botol-botol yang dibeli pada harga yang lebih murah seperti di kedai ECO. Design yang menarik dan murah namun boleh membahayakan kesihatan jika bahan yang dibeli tidak boleh diguna semula.

Jadi ingat sebelum mebeli mana-mana bekas plastik dan botol air minuman, lihat dahulu kod plastik atau nombor identifikasi plastiknya.

Hanya plastik yang mempunyai kod nombor 2, 4 dan 5 selamat diguna semula.